salam sejahtera kawan-kawan.
Bila terjatuh baru nak mengadah, (betulkan jika salah). Sakit tu bile tiba-tiba sedang asyik berdiri sambil melompat-lomptat tapi dengan secara tiba-tiba kita boleh jatuh tersungkur tergolek. Logik akal pun macam tak boleh nak terima. Tanpa ribut, tanpa taufan mana boleh satu pokok itu tumbang bukan.
Benar jika difikirkan dari logik akal, kebanyakan benda yang berlaku kat dunia semua macam mustahil jer. Fikirkan macam mana tiba-tiba terciptanya abjad-abjad untuk kita mengeja, terciptanya ayat untuk kita berucap,terciptanya bahasa untuk kita berbasa-basi pula. Ini baru cuma contoh senang, anda fikirkanlah lagi contoh remeh anda. Saya tidak mampu hendak berfikir yang lebih remeh lagi. Nah, saya fikir anda pun pening ubun sudah memikirkan perkara ini, bagaimana ia terjadi. Usah lagi berfikir, serahkan saja pada Tuhan. Kerja Dia bukan? lagipun akal kita pendek, cuma perkara remeh-temeh yang senang sahaja mampu kita saratkan dalam akal kita.
Jangan fikir bila kita sudah senang, kita sudah kaya, kita sudah dapat segalanya dan segala itu akan kekal milik kita selama-lamanya. Mana ada benda macam ini, mustahil. Tapi boleh jadi juga dengan kuasa yang Esa. Tapi janganlah fikir kita akan selamanya dibantu oleh Tuhan kalau kita pun perangai macam orang yang membelakangkan tuhan yang Esa. Ini lagi perkara mustahil kalau hendak hidup senang tapi lari dariNya. Juga perkara ini tidak mustahil jika tuhan untuk dijadikan perkara yang kita nampak sebagai nikmat ini rupa-rupanya sebagai satu tipu daya Tuhan untuk buat kita lagi berserabut. Moga kita semua dijauhkan dari azab ini.
Asas yang penting kita kembali padaNya, ini juga satu peringatan untuk saya, untuk kalian, dan untuk semua. Moga ada manfaatnya karutan ini.
p/s: saya sudah homesick ini. lama sudah tidak memulang ke kampung halaman. ;(
No comments:
Post a Comment