Friday, April 3
head rolls over~
*rolls eyes.
Bagi yang sudah bersekolah tinggi zaman ini, pasti sudah biasa melalui satu tempoh dimana kerajinan dibuat-buat,waktu ini ramai sahaja yang dari dahulu nya sedang asyik mengepul asap di kala kesepian kini menjadi ulat-ulat yang rajin menelaah buku. Ulangkaji nota itu penting kata mereka. Rajinnya mereka menelaah di kala malam sedang orang lain membelai mimpi.
berpusing-pusing mata yang bulat ini
*rolls head.
Anda rasa cara belajar saya macam mana? Rajin kah? haha. Mahu tergelak bila ada orang cakap saya rajin, juga mahu tergelak macam melihat badut-badut di sarkas bila ada orang kata saya ini kelakar. Badut itu lagi kelakar yang pastinya!. Terus terang saya cakap saya sedang dalam kejatuhan, markah peperiksaan dunia ini jatuh peratus nya. Perkara ini buat moral saya jatuh. Hadoi, macam ini kah yang aku mahu keputusan nya. Tidak. aku mahu yang lain, yang hasilnya boleh dibanggakan! Meski ini bangga dunia, tapi ini yang dunia mahukan tika ini. Saya harus ikut bukan?.
mampu geleng sahaja kepala yang sudah teleng.
bahasa pasar : pening-pening
(téléng) 1. miring ke sebelah letaknya (kepala, topi, dll), tidak tegak lurus, senget: kepalanya masih ~ dan dipukul-pukul dgn tapak tangan kiri; 2. (Sunda, Ph) juling: matanya ~;~ bagai cupak hanyut prb perihal orang yg sombong yg tidak sedarkan kekurangan dirinya;menelengkan memiringkan ke sebelah, menyendengkan, menyengetkan, mencondongkan: dia ~ kepalanya utk menjengah dan menjenguk orang-orang itu; terteleng, terteleng-teleng senget (kapal, perahu, dll), miring; biar ~ asal jangan tertangkup prb tiada mengapa rugi sedikit asal jangan habis semua sekali. (kamus dewan edisi ketiga)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
meo.. teleng tu ape?
meo.. yuna sehat? hahaha
sudah ku hedit! hadoi apa punya anak melayu! tgk kamus dewan lah ;p
dan jangan sesekali kau kacau Yuna itu~
er..avatar itu..sama rupanya muka.. erm..sama~ades..
rajin buat2..takpe.. janji dalam hati x buat2.. sbb yg dikira yg dok dalam hati
makluman : word-utk-elak-spam saya di saat ini adalah BROTAST. erm..significant.. ada dekat2 protest..~ awak tgh protest ke?
Post a Comment