Sunday, May 24

Dedikasi siri satu

Salam alayk.
Ini didedikasikan kepada mereka yang meneruskan pelajaran.

"Prayer without study would be empty. Study without prayer would be blind"
Pernah saya bayangkan bagaimana kehidupan sekolah tinggi ini? Saya pernah tapi.. rasanya apa yang berlaku sekarang tidak seperti yang dibayangkan. Saya yakin bayangan saya amat salah sekali. Tersasar jauh khayalan minda saya waktu muda-muda dulu. Hidup tak selalu indah~

Bayangan saya lebih kurang begini. Saya gambarkan bahawa saya akan belajar benda yang hanya fokus kepada pembentukan cita-cita saya sahaja. Saya bayangkan bahawa kehidupan sekolah tinggi ini akan jadi yang gembira sepanjang masa, tapi tipulah kalau tiada duka, saya berfikir logik. Saya bayangkan kehidupan sekolah tinggi ini juga landasan untuk saya terbang bebas untuk menikmati nikmat-nikmat dunia sementara dan lakukan segala macam perkara yang terlintas di hati.

Tapi bukan semua khayalan saya melayang. Ada yang menjadi realiti, tapi tersekat kepada tahap tertentu sahaja. Bukan mengharap yang indah abadi, cuma mahukan yang kerap. Kehidupan sekolah tinggi ini benar-benar indah mengikut interpretasi masing-masing. Ramai juga yang mengungkit ingin kembali pada waktu kehidupan sekolah remaja. Saya akui zaman itu sangat indah, nasib ingatan itu masih kuat lagi untuk menyimpan memori itu.

Kehidupan sekolah remaja saya ringkas sahaja. Imbas kembali ;
Saya hanya bersandar di kerusi dan dengan selamba menadah tangan meminta ilmu. Saya yakin yang saya bukannya seorang pemalas, tapi memang itu aturannya waktu muda-muda. Semua disuap. Nasib rakan tidak suap makanan semasa rehat. Itu lain macam sudah!. Waktu ujian kecil mahupun peperiksaan besar, saya hanya usaha sekadar cukup makan, yang selebihnya saya bergantung kepada murabbi saya untuk menyuap saya. Akhirnya setelah 10tahun++ dididik dengan kaedah begini, saya hampir hilang keupayaan untuk berfikir dan membuat keputusan yang rasional. Bukan ingin menyalahkan sistem pendidikan pesantren saya, tapi ini salah saya sebenarnya!

Kawan yang didedikasi,
Kehidupan sekolah remaja dan kehidupan sekolah tinggi amat lain. Cikgu baru kamu nanti tidak akan sesekali memaksa kamu belajar, lantak kamu lah. Kamu yang kene usaha. Jangan ulang kehidupan sekolah remaja masing-masing.


bersambung~


9 comments:

[ AlexumaR ] said...

jgn salah sangka . sentiasa bersedia

'abdurrahman™ said...

indah

fana said...

'Itu lain macam sudah!'

perghh ayat dia.

o__O

he11mi~ said...

hehe.malayang aku bace:P

Thaaqhib Mohammed said...
This comment has been removed by the author.
Thaaqhib Mohammed said...

einstein kata sains tanpa agamaa adalah tempang

saya kata YA

~cuma?

fana said...

sasterawan negara t0 be~ :)

HiJau said...

oh. ko da tuka bidang jd sasterawan plak ker?

Meor M. Syafiq said...

cuma apa ya thaqib?

woh sasterawan x mampu lagi lah.