salam alayk.
masih lagi didedikasikan kepada yang masih terus usaha dan tekun kepada pelajaran.
Wherever we go, whatever we do, self is the sole subject we study and learn.Setelah melepasi waktu kehidupan menengah , rasa macam ada yang tak kena dengan diri saya. saya rasa saya bukan macam orang yang dulu. walau pada waktu dulu cuma orang kerdil saja di sebuah pesantren. ya orang kecil yang masa kini amat menyesali perbuatan waktu lampau , andai dapat diundur masa pasti akan ku cuba bayar dengan segala harta yang aku ada. cuma untuk sekali peluang dikurniakan nikmat kembali muda. mustahil. berpijak balik pada realiti alam , moga sesal akan hilang syukur mendatang.
Jadi kenapa mmu?
setiap kenapa mesti akan dipasangkan dengan sebab. sebabnya adalah kerana saya yakin mmu satu tempat yang boleh merealisasikan perancangan 5 tahun saya.
Walau saya kerap disuap dengan pelajaran oleh cikgu-cikgu pada masa dulu, tapi saya tetap memiliki perancangan sendiri. ini pun hasil usaha cikgu-cikgu supaya setiap orang mesti punya cita-cita dan perancangan masa pendek. cita-cita saya? mahu jadi jurukod [programmer]. jadi itulah jawapan kepada kenapa mmu? masih tak nampak kaitan? sila tanya atau buka web mmu.
Realitinya tempat dimana saya berada sekarang , bukanlah berdaulat seperti yang dikhabarkan. kesultanan sendiri pon sudah digulingkan. ada juga sisi gelap dan sisi cerah di bumi ini. syukur saya ucapkan dulu kerana kesedaran ibu bapa saya yang sangat awal. dengan sebab mereka dan izinNya saya mampu memiliki ilmu walau sedikit untuk menetapkan saya menjadi seorang yang masih waras dan tahu asal-usul saya.
sekarang saya masih dalam usaha meneruskan perancangan 5 tahun saya. sudah hampir masuk 2 tahun , dan alhamdulillah segalanya masih berada di landasan.
tiada siapa yang mampu menjaga diri kita selain kita~
1 comment:
bila sebut ikhlas..amat dalam maksudnya..dan juga bersifat telus.
saya cari maksud telus..jawapannya lut.
Post a Comment