Thursday, July 30

tidur

3.42am

jurnal kehidupan harian.

sudah 2-3 malam asik kepanasan. menganggu waktu tidur sebenarnya masalah ini. sudah dicuba usaha tidur tidak berselimut , tapi masih tidak mampu mengatasi masalah ini. tidur telanjang ?

bila sejuk mengeluh , panas pun mengeluh. nasib ini normal bagi manusia. tapi lagi elok bersyukur dengan apa yg ada.

fikir-fikir kembali , dari aku duduk bangun jalan dgn tanpa arah tujuan , sementara masih ada masa sebelum subuh , ada baiknya aku belajar. tapi aku bukan jenis yg suka bukak buku waktu pagi begini. naluri aku lebih suka belajar utk periksa.

aku rasa belajar bila ada tekanan lagi membuahkan hasil. tapi gaya ini sememangnya merugikan , amat merugikan. sudah 2 jam mahu periksa pon masih ada yg x sempat baca. rugi rugi. tapi selalunya yg sempat baca itu akan melekat. tapi melekat utk jangka waktu 2 jam shj lah. nama pon belajar utk periksa.

sejak akhir waktu sekolah menengah aku dah cuba tetapkan apa aku nk buat 5 tahun mendatang. sekarang sudah pertengahan tahun 2009 , hampir masuk 2 tahun aku grad sekolah menengah. setakat ini aku masih di landasan yg btol. syukur. thx u Allah.

sudahlah , pagi nanti ada kelas. tidak boleh tidak mesti berehat!


No comments: