Thursday, April 14

Cina Balu lagi

Diplagiat dan dimelayukan daripada blog Paklee76







[Di Kinabalu Park]


Untuk ekspidisi kali ini kami memutuskan untuk melalui trek Mesilau-Puncak-Timpohon. Berdasarkan pengalaman dua orang ahli yang sudah pernah mendaki gunung ini, pemandangan di Mesilau lagi indah berbanding Timpohon yang sepanjang perjalanan terpaksa melalui anak tangga. Walaupun trek Mesilau ini lebih jauh berbanding trek Timpohon, tetapi pemandangan yang cantik amat berbaloi dengan usaha keras kami.

Selesai pendaftaran di Kinabalu Park, kami terus ke TM Sri Intan, Kundasang untuk bermalam di sana. Selesai mendapat kunci bilik, kami berehat dan sekitar pukul 5.30 kami ke Ranau untuk makan malam dan membeli-belah keperluan pendakian esoknya.


[Di TM Sri Intan Kundasang]


[Pengangkutan rasmi]

Keesokan harinya (3 Mac 2011) kami bangun awal untuk bersiap. Semua nampak gembira, iyelah, baru dekat bawah. Tak berdarah lagi, kahkah! Kami ke Kinabalu Park untuk bertemu dengan jurupandu kami dan mengambil pek makanan tengah hari kami. Sarapan pada pagi ini tidak termasuk dalam pakej yang ditetapkan olah Sutera Sanctuary Lodge (SSL). Oleh kerana pek makanan tengah hari kami sangat enak, kami putuskan untuk makan ia sebagai sarapan.
[Pek makanan tengah hari sarapan]




[Bersedia untuk misi menakluk Kinabalu]


Setelah berjumpa dengan penunjuk arah, kami berbincang dengan beliau akan perihal van kami. Memandangkan kami akan naik darik trek Mesilau dan turun di trek Timpohon, kami perlu meletakkan van kami di Timpohon. Bagaimanapun masalah itu selesai apabila Johan (penunjuk arah 1) bersetuju untuk membawa van itu ke Timpohon kemudian berjumpa kami kembali di kilometer (KM) 5. Asalnya perkhidmatan ini adalah percuma, tapi.. (nantikan kisah selanjutnya). Yang akan mengiringi kami di trek Mesilau ini adalah Abdul (penunjuk arah 2)

Tapi malangnya Abdul ini langsung tidak berfungsi sebagai penunjuk arah. Semua kami lakukan dengan usaha sendiri. Nasib baik ada orang yang sudah pernah naik, kalau tidak, mungkin boleh sesat barangkali. Berbalik kepada cerita can tadi, tiba-tiba si Abdul ini pulak yang beriya nak minta bayaran atas servis yang dilakukan oleh Johan tadi. Padahal Johan sendiri yang bersetuju untuk menghantar van ke Timpohon dengan percuma. Aihh kau ni Abdul, makan tuan ya! Rm80 diminta kami bayar. Yang bawak van bukan engkau, minyak pun duit kami. Van pun van kami. Alahaiiii
[Taklimat sebelum mendaki]


[Sebelum mendaki]


Kami memulakan pendakian seawal jam 9 pagi. Semua masih kelihatan gagah. Pemandangan mendaki melalui trek Mesilau memang indah, subhanallah.

Bersambung....


(entri selepas ini mungkin penuh dengan gambar!)


No comments: