Tuesday, December 13

Sebelum Asar


Tahukah anda bahawa kadang-kadang perkara yang tak disangka akan terjadi pada diri kita mampu mencetuskan sesuatu yang juga tak disangka akan berlaku pada diri kita.

Senang cerita ambil contoh daripada kisah hidup aku. 

5 tahun lepas, dorm Adi bin Hatim. Aku tak ingat waktu itu aku tengah tidur atau buli junior tapi keadaan itu berlaku di dalam dorm itu, tempat aku selalu habiskan masa selepas waktu sekolah dan juga bilik tumpangan aku untuk tidur di malam hari.


Ada seorang junior/kawan ketuk pintu dorm dan beritahu aku diseru oleh sekian muallimah (guru perempuan) untuk berjumpa di bilik guru. Aku tak terkejut pun nama aku dipanggil sebab waktu itu pertengahan bulan 7 tak silap. Adatnya menjelang bulan 8 sekolah ini  akan mengadakan pertukaran pucuk pimpinan dan aku yakin aku dipanggil untuk sesi interview dengan guru tersebut. 


Hendak dijadikan kisah hidup aku ini menarik dan penuh dengan twist bak kata orang, aku ditawarkan sekian jawatan. "Bergurau agaknya muallimah nie?". Ini yang mampu aku ucapkan setelah diceritakan tentang tawaran itu.

Selalu orang ditawarkan jawatan bersesuaian dengan pengalaman. Itu yang adilnya. Tapi bagi aku tawaran yang sedemikian datang pada aku cuma adalah untuk menjadikan pelengkap sijil. Masakan aku yang sebegini rupa (bukan rupa paras tapi akhlak) boleh dilantik untuk jawatan itu. Aku meminta untuk pertimbangkan perkara tersebut, tetapi tetap disuruh untuk mengatakan "YA".

Bukan cerita bagaimana aku menjadi seorang pengawas yang ingin ditonjolkan tapi cerita selepas aku jadi pengawas. Mulanya memang susah, yelah bayangkan sahaja bagaimana seorang yang dulunya penentang kini menjadi penyokong. Bayangkan seekor kambing yang dipaksa masuk kandang harimau dan dipaksa pula untuk mengaum. Nahh, susahkan?



Tapi hidup tanpa cabaran ibarat ayam tanpa telur. Apa boleh buat, tanggungjawab sudah terpunduk diatas bahu. Terima sahaja dengan terbuka.


Rutin harian pun berubah 180 darjah. Segala perlakuan perlu diubah, penampilan pun. Akibat dari perubahan rutin ini lah aku berjaya menjadi apa yang aku jadi sekarang. 


Walaupun belum berjaya tetapi hakikat bahawa perkara yang tak disangka berlaku mampu mencetuskan sesuatu yang tak dijangka akan berlaku pada diri aku ini amat aku syukuri. Aku tak boleh bayangkan bagaimana kalau aku tak jadi pengawas itu. Entah apa akan jadi.





P/S : Enam hari lagi

No comments: