Thursday, February 5

Hinata

Salam alayk
Semoga kalian dalam rahmat tuhan yang Esa

Kali pertama menulis, ramai yang mengkritik. Perkara ini biasa kata kawan. Mereka bukan saja-saja kritik tanpa sebab, mereka kritik bukan kerana mereka mendengki, mereka kritik kerana mereka tahu itu salah. Biasa lah, manusia mana yang sempurna, siapa berani angkat tangan bahawa mereka sempurna. Cepat angkat kalau ada!.

Juga kebalakangan ini saya banyak terjatuh. Bukan terjatuh dari dari sifat yang fisikal, tapi lebih kepada terjatuhnya iman, terjatuhnya kesabaran, terjatuhnya nilai kecerdikan di mata manusia. Banyak perkara-perkara nakal saya lakukan, sampai ia bersangkut paut dalam kehidupan seharian saya. Ada orang tidak percaya bahawa sesuatu perbuatan itu berkaitan antara satu sama lain. Contoh mudah, bila kita main dalam kelas semasa sekolah, kita akan tertinggal pelajaran bukan?, kita juga akan kene marah bukan?. Meski bende ini nampak macam " ala memang la kalau main dalam kelas, cikgu akan marah". Tapi hakikatnya benda ini tetap berkait bukan. Saya cuma bagi contoh mudah, anda fikir lah contoh remeh anda sendiri!

Jadi bila terjatuh, kita harus bangkit. Mungkin juga terjatuhnya kita sebab kita tidak ada perasaan sabar, sentiasa ingin ekspres bila inginkan sesuatu. Mana boleh begitu, bukan aturan alam setiap perkara menjadi mudah. Tiada yang mudah, semua perlu usaha, semua perlu ada sabar. Kalau kalian tidak mahu begini, kalian akan terjatuh lah seumur hidup kalian. "Belajar dahulu berdiri, sebelum berlari".

Jadi sekarang, mari kita sama-sama bangkit dan berdiri, bila dapat rentak kita rancakkan larian lagi. semoga berjaya!

9 comments:

Anonymous said...

wahh..terharunye me..suke wit dats word..chayok2..tingkatkn usaha k..think +..majula mayo utk blog..hihi

Meor M. Syafiq said...

hehhe.
tadehal aa hinata.
ur my inspiration..:P

Ben Ramli said...

oo skendal o sendal..haha..

yup..roda kite sedang di bwh la mayo..ayuh ~pelan2 kayuh jgn smpai otak penat~

huhu..

nur 'izzat said...

haha. korg mmg kuat brusaha dlm bab neh. haha
:P:P:P:P

Meor M. Syafiq said...

biar kami usaha!. sekurang-kurangnya kami sedar siapa kami. kau tidak mahu ikut sekali kah izat?

pengembara said...

no pain no gain bro...

en.mubasyir said...

apa kau merepek ni.. apa !!

Anonymous said...

"Belajar dahulu berdiri, sebelum berlari".


ni ade bau2 mlm hasni ni.

Meor M. Syafiq said...

bila aku sahaja mesti negatif. huh~