Diplagiat dan dimelayukan daripada blog Paklee76
Perjalanan hidup saya,
Melawat gunung tertinggi di Malaysia, Gunung Kinabalu
Ini merupakan satu tempoh yang lama untuk saya menghasilkan entri ini. Walau pun diplagiat sahaja, tetapi memelayukan entri ini bukan senang. Bukan apa, cuma saya lebih selesa kalau tulisan saya ditulis dengan bahasa ibunda saya.
The Underestimate tidak pernah sama sekali kering dengan aktiviti. Ada sahaja masa yang kosong, disitulah ada aktiviti. Awal tahun 2011 kami sibuk dengan persiapan fizikal dan mental untuk ke Kinabalu. Antara gunung dan bukit yang dijadikan tempat latihan untuk kami ialah Bukit Broga, Gunung Tokwan, Gunung Angsi, dan yang paling popular Gunung Datok. Bagi saya ini adalah pengalaman kali pertama memanjat Gunung Kinabalu, dan pastinya ia bukan kali terakhir saya akan datang ke sini. Ekspidisi kali ini melibatkan 9 orang ahli Underestimate; Azmir, Kak Dilla, En. Fazli, Cha, Nazir, Ongah, Kak Tuty, Nadia dan saya sendiri. Seorang lagi ahli iaitu Bob terpaksa membatalkan kehadiran atas sebab-sebab peribadi.
Pemandangan Gunung Kinabalu dari Kundasang
[Sementara menunggu waktu berlepas]
[Ayahanda, anakanda, adinda, ibunda]
[Ini bukan judi, ini happy family]
[Nasi ayam Marrybrown]
9.30 pagi, kumpulan pertama yang mendarat di Kota Kinabalu. Kami menunggu ketibaan van Telekom Malaysia (TM) yang sudah kami tempah untuk disewa sepanjang keberadaan kami di sini. Van tersebut mampu memuatkan kami secukupnya. Tak sempit dan tak juga luas. Sementara menunggu ketibaan pesawat ke-2 dan ke-3, van itu pun kami parkir berdekatan dengan pintu masuk lapangan terbang.[Ini bukan judi, ini happy family]
[Nasi ayam Marrybrown]
[Pemandangan dari tingkap kapal terbang]
[Kumpulan pertama selamat mendarat]
[Kumpulan pertama selamat mendarat]
[Underestimate di Kota Kinabalu]
[Saman parkir di tempat tak sepatutnya]
Satu jam kemudian, Kak Tuty sampai dan kami pun pergi ke Kentucky Fried Chicken (KFC) untuk sarapan sementara menunggu ketibaan Nadia.[Menunggu ketibaan Nadia]
Lebih kurang pukul 12 tengah hari, Nadia selama tiba dan kami pun meneruskan perjalanan ke Kinabalu Park untuk mengesahkan pendaftaran pendakian keesokan harinya.
Bersambung
2 comments:
MEOR meor,nak copy gmbr awan dr flight air asia tu yeh.cantik! :)
Silakan !
Post a Comment