Tuesday, October 2

Bukan vanilla coklat

0 berbisik

Tulislah jangan tak tulis. Kalau tak tulis dan dicetak mana orang tahu apa yang ditulis? Jangan takut, tulis saja yang kita suka. Kalau orang tak suka, tak apa sekurang-kurangnya kita dahulu menyukainya. Baru orang lain (E.E Cummings)

Ini petikan sajak yang aku jumpa dalam buku Langit Vanilla. Ianya disebut dalam prakata yang ditulis oleh Agi untuk buku Langit Vanilla. Sekali baca, bagi aku ia menaikkan moral aku. Untuk terus menulis dan menulis. Lantaklah apa orang nak kata ye dak? Biar kita jadi yang pertama suka, baru orang lain.

Tuesday, August 28

Eidul Fitr

0 berbisik
Salam Eidul-Fitr


Belakang : Paklong, Maklong, Min, Mak, Nenek, Susu, Hannah, Maksu, Uncle
Depan : Hafiz, Abang, Along, Azri, Angah, Syahmi
Tiada dalam gambar : Nana (sedang kuliah di Nebraska), Atok (1932-2010), Abah (1965-2012)


Semoga kalian dan saya khususnya dipertemukan kembali dengan Ramadzan yang akan datang!

Saya kira, ini baru  kali pertama saya beraya tanpa Abah. Sedih dia kalau anda pun kehilangan orang yang tersayang, saya pasti, anda jua mempunyai perasaan yang sama seperti saya. Sedih bukan?

Sedih boleh, tapi sampai bila? Maksud saya bukan tak boleh untuk bersedih, cuma perlu ada proses dalam bersedih itu sendiri. Belum cukup dengan menangis waktu bersedih, kerna ia tak cukup untuk menghilangkan sedih itu sendiri. Kena ada proses yang berlaku lepas bersedih. 

Untuk kes saya, saya cuba untuk menyampaikan amaun-amaun kiriman yang mampu diterima oleh Abah saya dialam Barzakh sana nun. Saya pasti kalian tahu bagaimana caranya kan? 

Untuk kes kalian, saya tak pasti kalian bersedih atas sebab apa, tapi ingat, untuk bersedih mesti kena ada proses. Untuk kita mengelakkan dari sia-sia sahaja kita bersedih. 

Sedih ini pasti akan diiringi dengan kebaikan. Percayalah! Ini benar. Setiap benda perlu ada pasangannya, yang tiada pasangan cuma Tuhan yang Esa sahaja, yang satu. 

Untuk proses sedih saya yang setahun lalu, saya telah lama dapat kebaikannya. Ya, saya gembira dengan kebaikan (yang saya kira saya terima) sekarang ini. Terima kasih awak!

p/s : Saya sedang dalam proses mengkhatamkan segala buku yang ada. InsyaAllah moga dengan rajin membaca saya juga akan jadi rajin menulis.


*****

Monday, August 13

Rumah

0 berbisik
Salam Ramadzan!

"Tahun ini pasti rasa janggal; Aku pengganti suami, aku pengganti ayah, aku abang, dan aku juga anak yang tiba-tiba dapat segalanya dalam sekelip mata"

Janggal ini, aku tak dapat nak elakkan. Ini datang, dan pasti!. Sebab ini sudah pun berlaku. Tiada acara untuk pusing balik. Tiada lagi, itu pasti.

Bila janggal ini berlaku, kita kena sedia. Walau aku tak cukup sedia waktu janggal ini berlaku pada aku, tapi aku kena juga buat-buat seperti sudah sedia. Itu tugas aku. Orang pandang aku. Orang sedih akan aku, orang simpati akan aku, tapi orang takkan dapat rasa seperti aku. Sebab aku adalah aku.

"Siput kata; hidup ini walau pahit, tetap kena diteruskan. Sebab inilah cara hidup. Bersusah dahulu, bersenang kemudian"

Untuk awak, ye ini untuk awak. Kekal tabah! Saya ada disini untuk bantu awak. 

Thursday, February 9

AZ

0 berbisik
Untuk kesekian kali,
Aku tak sangka ini,
Yang dirasa seperti,
Indahnya pari-pari.

Untukmu bidadari,
Kusimpan hati ini,
Supaya kau mengerti,
Engkau dihati ini.

Thursday, January 5

Chomolungma

2 berbisik
Manusia sentiasa mempunyai keinginan. Baik nafsu zahir mahupun batin.


Semua orang ada cara masing-masing untuk memenuhi kehendak mereka. Kehendak semua orang juga berbeza-beza. Aku juga ada kehendak aku. Kehendak aku perlu aku penuhi supaya aku tak mensia-siakan peluang hidup ini.


"A man's stupid ideas is another man greatest ideas"

Kehendak aku tak cerewet mana pun, cuma kadang nampak mustahil pada mata yang tak biasa.



Saturday, December 24

Segila-gilanya

4 berbisik
Kehadapan,
Yang baru gila sedikit


Dunia sememangnya kejam. Hanya bagi siapa yang tidak dapat menilai bahawa sebenarnya dunia ini indah, bukannya kejam.


Dunia tidak kejam. Siapa kata dunia ini kejam? Katakan padaku siapa yang berkata begitu? Siapa?! Akan aku sekeh dan parut kulit kepalanya hinggal terjojol otak lembik yang merah itu. Gilakah kamu untuk mengatakan yang dunia ini kejam?


DUNIA JUGA TAK GILA! KAU YANG GILA!. Masakan kau boleh cakap dunia ini gila sedangkan kau sendiri belum pernah melihat dunia hingga seluruh isinya. Kau hanya selesa ditempat kau dan bila mana kau susah, kau cakap dunia ini gila. Ternyata dunia ini tidak gila, cuma kau yang hampir gila.


Mana boleh kita dengar cakap pendapat orang. Engkau pun sendiri tidak tahu sama ada yang cakap dunia ini gila itu benar-benar waras fikirannya. Kau tidak boleh dengar pendapat dari orang gila melainkan kau sendiri pun sama gila macam dia!. Dunia tak pernah gila dan tidak akan pernah gila. Tidak akan sama sekali. Cuma kau sahaja yang gila.


Kau tahu kenapa orang gila itu cakap dunia ini gila? Kerana dialah si gila yang menggilakan dunia ini. Kau tak percaya?


Kau lebih percaya siapa?. Aku si penulis blog yang si gila itu dengki kerana aku akan bocorkan rahsia gila dia terhadap engkau atau kau lebih selesa untuk percaya si gila itu kerana sememangnya kau pun sudah hendak gila sedikit.


Cuma mungkin gila kau belum lagi gila seperti si gila itu. Dia sudah tak dapat dirawat lagi gilanya. Gilanya sudah sampai tahap kritikal umpama cerai talak tiga yang tak boleh dirujuk kembali ikatannya. Begitulah tahap si gila itu sehinggakan tiada apa yang mampu mewaraskan kembali gilanya itu. Nauzubillah minta kau pun dihindarkan jauh-jauh dari penyakit gila seperti itu.


Dari sinar mata kau, (walaupun aku bukan ahli psikik malahan aku cuma penulis blog) aku yakin kau mampu sembuh dari gila yang sedikit itu. Sebab gila kau belum tahap kritikal seperti si gila itu.


Punca kau jadi gila yang sedikit itu pun kerana terlalu asyik dengan dunia yang indah. Kau berjalan selaju yang mahu tanpa toleh kanan kiri apatah lagi kau hanya pandang sahaja kehadapan kerana kau hanya nampak yang indah terpampang. Tidaknya kau hiraukan yang dikiri, yang dikanan. Malahan yang dibelakang kau anggap seperti tidak pernah ada untuk kau. Itulah punca kau dapat penyakit gila yang sedikit itu. Kalaulah kau menoleh sekali-sekala. Pastinya kau tidak dapat penyakit gila yang sedikit ini.


Waktu kau asyik dengan dunia indah ini, kau terlupa sebentar bahawa bukan ini caranya. Dunia ini sendiri ada aturannya yang mengelakkan penghuni ini jadi gila. Bila terlanggar aturan ini yang menyebabkan penghuninya mendapat gila yang sedikit ini.


Dunia kan indah. Tanyalah semua orang yang tak gila. Indah semuanya jawapan mereka kalau diajukan tentang dunia. Orang gila yang sedikit sahaja akan jawab dunia ini gila kerana mereka sendiri sudah gila.


Kata kau buat apa dipeduli yang kanan, yang kiri kalau didepan itu sendiri sudah indah belaka. Bukankah itu namanya membuang rezeki. "Pastinya yang kanan dan yang kiri itu sebenarnya dengki kerana didepan yang kanan dan yang kiri itu tidak terpampang keindahan yang dinikmati aku sekarang ini" kata kau.


Tiadalah itu menjadi rezeki melainkan kesusahan kalau yang kanan dan yang kiri itu kau tak hiraukan, kau buang jauh-jauh. Sepertinya dunia ini ada aturan sendiri. Kita juga perlu mengimbangkan kehidupan kita agar tak jadi gila seperti gila tahap cerai talak tiga itu. Dunia ini indah sebab adanya siang dan adanya malam, adanya langit adanya darat. Perlu seimbang kalau tidak mahu gila. Begitu juga engkau. Meskipun engkau dihadapkan dengan keindahan yang terpampang dihadapan yang sayang sekali kalau ditolak perlu juga ada yang kanan dan yang kiri supaya kelak engkau tidak akan tersungkur. Inilah yang akan menjadi bekalan atau pelindung supaya engkau tak gila kelak.


Sekarang terpulang kepada engkau cakap siapa yang engkau hendak percaya. Cakap aku si penulis blogger sambilan atau cakap si gila yang sudah gila tahap cerai talak tiga itu. Sesungguhnya aku telah melakukan tugas aku menasihati sekalian taulan dari menjadi gila yang sedikit itu. Sekarang kau pulak kena buat pilihan engkau. Pilih seeloknya!


Seunik namamu
Seindah ingatanku

Yang gila itu kamu
Yang penyayang itu juga kamu

Cuma aku 
Tidak tahu
Apa aku 
Kurang mampu
Untuk kamu
Milikku


Sekian,
Penulis blog yang mengasihimu

Tuesday, December 13

Sebelum Asar

0 berbisik

Tahukah anda bahawa kadang-kadang perkara yang tak disangka akan terjadi pada diri kita mampu mencetuskan sesuatu yang juga tak disangka akan berlaku pada diri kita.

Senang cerita ambil contoh daripada kisah hidup aku. 

5 tahun lepas, dorm Adi bin Hatim. Aku tak ingat waktu itu aku tengah tidur atau buli junior tapi keadaan itu berlaku di dalam dorm itu, tempat aku selalu habiskan masa selepas waktu sekolah dan juga bilik tumpangan aku untuk tidur di malam hari.


Ada seorang junior/kawan ketuk pintu dorm dan beritahu aku diseru oleh sekian muallimah (guru perempuan) untuk berjumpa di bilik guru. Aku tak terkejut pun nama aku dipanggil sebab waktu itu pertengahan bulan 7 tak silap. Adatnya menjelang bulan 8 sekolah ini  akan mengadakan pertukaran pucuk pimpinan dan aku yakin aku dipanggil untuk sesi interview dengan guru tersebut. 


Hendak dijadikan kisah hidup aku ini menarik dan penuh dengan twist bak kata orang, aku ditawarkan sekian jawatan. "Bergurau agaknya muallimah nie?". Ini yang mampu aku ucapkan setelah diceritakan tentang tawaran itu.

Selalu orang ditawarkan jawatan bersesuaian dengan pengalaman. Itu yang adilnya. Tapi bagi aku tawaran yang sedemikian datang pada aku cuma adalah untuk menjadikan pelengkap sijil. Masakan aku yang sebegini rupa (bukan rupa paras tapi akhlak) boleh dilantik untuk jawatan itu. Aku meminta untuk pertimbangkan perkara tersebut, tetapi tetap disuruh untuk mengatakan "YA".

Bukan cerita bagaimana aku menjadi seorang pengawas yang ingin ditonjolkan tapi cerita selepas aku jadi pengawas. Mulanya memang susah, yelah bayangkan sahaja bagaimana seorang yang dulunya penentang kini menjadi penyokong. Bayangkan seekor kambing yang dipaksa masuk kandang harimau dan dipaksa pula untuk mengaum. Nahh, susahkan?



Tapi hidup tanpa cabaran ibarat ayam tanpa telur. Apa boleh buat, tanggungjawab sudah terpunduk diatas bahu. Terima sahaja dengan terbuka.


Rutin harian pun berubah 180 darjah. Segala perlakuan perlu diubah, penampilan pun. Akibat dari perubahan rutin ini lah aku berjaya menjadi apa yang aku jadi sekarang. 


Walaupun belum berjaya tetapi hakikat bahawa perkara yang tak disangka berlaku mampu mencetuskan sesuatu yang tak dijangka akan berlaku pada diri aku ini amat aku syukuri. Aku tak boleh bayangkan bagaimana kalau aku tak jadi pengawas itu. Entah apa akan jadi.





P/S : Enam hari lagi

Sunday, December 11

1433H

0 berbisik
Entah dah berapa kali sejak kemunculan aku kembali di dalam arena menulis ini. Tak terkira dengan sepuluh jari yang ada. Setiap kemunculan pasti seperti hangat-hangat tahi ayam. Entah kenapa berlaku sedemikian pun, tuhan sahaja yang tahu.

Adakah disebabkan hati aku memang tidak dilahirkan cekal untuk menerima cabaran atau kritikan atau memang aku ini manusia yang dilahirkan malas. Haha

Yang pastinya aku memang ada minat dalam seni sastera atau penulisan ini, cuma mungkin betul seperti apa yang diperkatakan oleh aku sebentar tadi, hangat-hangat tahi ayam. Argh, semua impian pun asalnya omong-omong kosong seseorang. Apa yang membenarkan omongan itu menjadi kenyataan adalah seseorang perlu adanya jiwa dan  semangat yang kental untuk meneruskan omongan itu.

Pastinya itu yang aku kurang. Ya! Aku belum mendapat anugerah itu. Sama ada akan aku dapat kelak atau aku tak akan dapat langsung semua bergantung padaNya. Itu sama sekali diluar kemampuan aku untuk mentafsirkan aturan hidup yang telah ditetapkanNya.

Apa yang aku faham tentang anugerah ialah ia seperti mana satu hadiah atau ganjaran yang akan diberikan kepada orang yang telah benar-benar berusaha sehingga melayakkan seseorang itu mendapat sesuatu anugerah sebagai ganjaran. Jadi persoalannya disini, adakah seseorang itu atau lebih tepat lagi sama ada aku telah benar-benar berusaha dan layakkah aku untuk mendapat sesuatu anugerah?

Mungkin hingga setakat ini jawapan yang mampu aku berikan adalah aku belum bermati-matian berusaha. Mungkin aku amat ambil ringan tentang sesuatu yang aku minat sehingga aku tak dapat anugerah itu. Itu lah, mungkin memang aku sengaja tak ambil peduli semuanya kerana sememangnya aku hanya hangat-hangat tahi ayam dari mula lagi.

Tapi aku yakin yang aku bukan hangat-hangat tahi ayam. Aku tahulah sebab omongan ini lahir dari hati aku, bukan hati kau! Sememangnya aku tidak sama sekali hangat-hangat tahi ayam terhadapa perkara yang aku minat. Aku cuma kurang rajin. Selepas ini aku akan lebih rajin. Aku janji (ini janji antara aku dan diri aku. Tak perlu kau ungkitkan dikemudian dengan soalan "bila kau nak tunaikan janji kau?")

Boleh kata ini kira azam aku seusai 1432H berlabuh. Oh dan juga azam menjelang tahun 2012.

Wednesday, May 18

Pulau Pinang (Hari 2 Pagi)

3 berbisik
Pulau Pinang!


Jadi pada hari kedua 16 Mei 2011 (Sabtu) bergeraklah kami menuju ke Pulau Pinang demi menjayakan misi sampingan kami. Bertolak dari RnR yang semalamnya kami bermalam itu seawal jam 7 pagi. Kemudian sampai di jeti feri setengah jam kemudian, dan kejutan bermula.
Boss-Anakandabeta-K.Tuty-Memei-K.Dila-Nadia-Cha-Abe Bob


Atas ialah gambar peserta 'awal' diatas feri menuju ke pulau. Anda tak pelik macam mana kami boleh tangkap gambar dengan lengkap semua peserta? Nak suruh orang lain, memang dah takde yang keluar dari kenderaan masing-masing. Kami sahaja yang beriya jalan diatas feri.

Ongah

Inilah peserta 'lewat'. Ongah. Kami berjumpa dia diatas feri. Dah siap sedih-sedih dah malam itu. "Kesian Ongah kan tak dapat pergi" "Jom lah kita msg Ongah". Hati bikin panas bila jumpa dia pulak waktu ini. Muahahha. Sanggup dia naik tren semata nak ikut program sampingan ini. Kudos!

Selesai setengah jam atas feri kami pun sampai ke daratan kembali. Fuhh, angin segar Pulau Pinang lah katakan. Damai! (Tangan di bahu, anak mata ke atas). Kahkah.

Kami membuat keputusan untuk sarapan. Destinasi awal kami ialah nasi kandar Line Clear pada asalnya, tapi waktu itu jam baru pukul 8. Jadi kami membuat keputusan untuk mencari tempat lain dahulu untuk sarapan. Yang ringan-ringan sahaja.

Ini pelan kami, ada 4 keping penuh dengan destinasi
Roti bakar + Telur 1/2 (separuh masak)



Jadi, dah berjumpa dengan warung tepi jalan di Transfer Road. Lalu singgah lah kami disini. Menu yang ada di warung ini ialah, nasi lemak, roti bakar, telur 1/2 dan minuman. Nasi lemak dia ada bermacam jenis, udang, sotong, telur mata dan berbagai lah. Hidangan utama disini ialah seperti yang tertera di atas. Roti dibakar menggunakan arang, telur yang direbus memang perfect lah kata orang. Fuhhh.

Lokasi : Transfer Road
Nilai : 4/5

Selesai sarapan, bergerak kami menuju ke destinasi. Disebabkan ini hanyalah program sampingan dan jadual kami yang padat, destinasi seterusnya memang tak dapat nak dielakkan. Orang kata kalau tak pergi tempat ni, memang tak payah datang Penang lah.

Nasi kandar Line Clear
Jam menunjukkan pukul 9 pagi. Walau baru sahaja sarapan, pun masih mahu makan nasi kandar. Perut apa mereka ni? Gila. Nasi kandar Line Clear ini bukak pada pukul 9 pagi hingga selesai. Anda boleh lihat sebenarnya kedai ini terletak di tengah lorong bersebelahan dengan kedai nasi kandar yang lain!

Set ayam dengan kuah campuq
Set sotong + telur masin + bendi

2 set diatas kalau digabungkan harga baru RM11(termasuk air). Bagi saya murah. Tak tahu lah bagi anda kan. Dengan reputasi sebagai restoran yang masyhur di pulau ini, harga yang diberi memang ok lah. Nasi kandar ini kalau makan, yang membuatkan dia ummphh adalah rasa kuah dia. Kalau setakat mintak satu dua kuah takkan rasa sedap dia. Lauk dia semua sama sahaja macam restoran yang lain. Oleh itu lepas ini mintalah kuah campuq, gerenti sedap!

Lokasi : Penang Road
Nilai : 3/5 (kekenyangan roti bakar dan telur 1/2)

Selesai 2 kali sarapan kita balik kepada fokus asal kita, program kepimpinan. Jadi tunggu entri seterusnya! Dari tengahari ke malam!

Dibuka untuk tempahan


Bersambung



Pulau Pinang (Hari 1)

0 berbisik
Asalamualaikum, saya ini manusia yang banyak hobi. Kalau duduk rumah sepanjang masa memang tak kene dengan jiwa saya. Bukanlah nak memberontak ke apa, tapi.. cuma memang tak kenelah dengan jiwa. Hikhik

Jadi, bila dah tak duduk dekat rumah, memang akan berjalan sahaja. Tak berjalan, kita panjat gunung, tak panjat gunung kita pergi makan!

Jalan-jalan cari makan ini sampingan sahaja waktu lawatan ke Pulau Pinang. Asalnya ada majlis pernikahan rakan di Perlis, kemudian ada kursus kepimpinan di Pulau Pinang. Kita abaikan kursus itu dan kita fokuskan kepada makanan sahaja ye!

Perjalanan ke Perlis dimulakan pada pukul 8 pagi hari Jumaat 15 April 2011 (Hari Melaka Bandaraya Bersejarah). Peserta 'awal' seramai adalah 8 orang sahaja. Peserta yang 'lewat' ni kita nak tahu siapa dia, ciss.

Peserta awal bersama pengantin

Sah! Sah! Sah!

Jadi sampai di Kuala Perlis pada pukul 8 malam (lokasi majlis). Perut pun dah lapar, berkeroncong meminta laksa Kuala Perlis!

Laksa Kuala Perlis
Selesai sahaja majlis berkenaan kami pun beransur. Mencari menu pertama dalam perjalanan sampingan ini. Laksa Kuala Perlis. Sesiapa yang sudah makan laksa pasti boleh membezakan laksa ini dengan laksa Penang. Menurut apa yang saya tahu, laksa Penang kuah dia lagi pekat dari laksa Perlis ni (Pn Siti Norini yang cakap). Rasa dia boleh tahan lah dan macam yang saya cakap tadi, kuah dia tak pekat. Kurang bagi saya. Lagipun kedai yang asalnya kami nak pergi sudah tutup. Orang kata kedai tu yang paling popular

Lokasi : Jeti Kuala Perlis
Nilai : 3/5

Selesai makan malam, kami terus ke lokasi kursus kami, Pulau Pinang. Jalan punya jalan, mereka mengidam pulak durian. Aduh, pedih ni. Jadi berhenti cari durian dan jumpa.

Aduhai, ini gua lemah
Durian tengah malam, apa gila ka?

K.Tuty-Abe-Nadia-K.Dila
Fuhh, bab durian memang saya tarik diri awal. Memang tak makan. Tak tahu kenapa. Tak terasa pun nak makan. Hahaha

Lokasi : Tepi jalan di Kuala Perlis. Tapak pasar malam.
Nilai : 1/5 (tengok reaksi orang yang makan)

Laksa sudah, durian pun sudah. Perjalanan ke Pulau Pinang diteruskan. Tapi sampai setengah jalan, keputusan pun dibuat. Kami tidur di RnR. Esok pagi bersambung perjalanan,


Bersambung.


Monday, May 16

Cina Balu terakhir

0 berbisik
Diplagiat dan dimelayukan daripada blog Paklee76


 
[Sepanjang perjalanan ke Laban Rata]


[Underestimate @ KM5]
[Anakandabeta]
[Laluan di Mesilau memang penuh dengan pemandangan cantik]

[Jangan tanya kenapa, atas gunung boleh horny]

[Budak Jalanan & Anakandabeta @ Laban Rata]
Kumpulan kami akhirnya selamat tiba di Laban Rata lebih kurang pada pukul 5.30 petang. Semuanya berjalan lancar setakat ini cuma ketinggian altitud benar-benar menduga mental kami.

[Makan malam]
[Buffet RM40]
Kami lapor diri di Laban Rata Resthouse dan makan malam. Malangnya bekalan air pada waktu kami sampai terputus. Jadi kami tidak dapat untuk membersihkan diri lantas buat keputusan untuk terus tidur kerana perlu bangun seawal jam 2 pagi untuk meneruskan pendakian ke puncak


[Jam 2 pagi, bersiap ke puncak!]
Perjalanan ke puncak tidak senang seperti disangka. Melawan altitud tinggi benar-benar mencabar. Langkah kaki perlahan, dan saya sebagai orang terakhir yang bertanggungjawab menjaga ahli lain sampai ke Low's Peak pada pukul 7.15 pagi.


Tahniah kepada The Underestimate !

[Underestimate @ Low's Peak]
[Anakandabeta @ Low's Peak]
[Berlatarbelakangkan South Peak]
Bagaimanapun keadaan amat berkabus tika itu. Kami diuarkan jika cuaca elok, kami dapat melihat kawasan Kundasang dan Ranau.Menghabiskan masa selama 1 jam di Low's Peak kemudian turun balik ke Laban Rata untuk sarapan dan bersiap untuk turun ke Timpohon.



[Emily-Anakandabeta-Jessica]




[Abang porter dengan peti ais, oh ada jugak makcik yang jadi porter]

[Langkah terakhir yang berat, Timpohon Gate]
Sampai di pintu Timpohon kemudian menuju ke Kinabalu Park untuk makan tengah hari


[Sukses!]

Poring Hotspring keesokan harinya


[Anakandabeta]
[Anakadabeta & Budak Jalan]




















Kemuadian ke New Zealand pula!


[Semua pun panjat]
[Susu segar]


[Underestimate @ Desa Cattle]


Kesimpulanya, ia memang menyeronokkan. Pasti saya akan kembali. Tengok sahaja cenderahati dibeli. Macam nak tak nak je, kahkah.


Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu, tinggi lagi sayang sama kamu <3


[Masih belum jumpa di semenanjung]




[Anakandabeta-Linda Onn]
 

Thursday, April 14

Cina Balu lagi

0 berbisik
Diplagiat dan dimelayukan daripada blog Paklee76







[Di Kinabalu Park]


Untuk ekspidisi kali ini kami memutuskan untuk melalui trek Mesilau-Puncak-Timpohon. Berdasarkan pengalaman dua orang ahli yang sudah pernah mendaki gunung ini, pemandangan di Mesilau lagi indah berbanding Timpohon yang sepanjang perjalanan terpaksa melalui anak tangga. Walaupun trek Mesilau ini lebih jauh berbanding trek Timpohon, tetapi pemandangan yang cantik amat berbaloi dengan usaha keras kami.

Selesai pendaftaran di Kinabalu Park, kami terus ke TM Sri Intan, Kundasang untuk bermalam di sana. Selesai mendapat kunci bilik, kami berehat dan sekitar pukul 5.30 kami ke Ranau untuk makan malam dan membeli-belah keperluan pendakian esoknya.


[Di TM Sri Intan Kundasang]


[Pengangkutan rasmi]

Keesokan harinya (3 Mac 2011) kami bangun awal untuk bersiap. Semua nampak gembira, iyelah, baru dekat bawah. Tak berdarah lagi, kahkah! Kami ke Kinabalu Park untuk bertemu dengan jurupandu kami dan mengambil pek makanan tengah hari kami. Sarapan pada pagi ini tidak termasuk dalam pakej yang ditetapkan olah Sutera Sanctuary Lodge (SSL). Oleh kerana pek makanan tengah hari kami sangat enak, kami putuskan untuk makan ia sebagai sarapan.
[Pek makanan tengah hari sarapan]




[Bersedia untuk misi menakluk Kinabalu]


Setelah berjumpa dengan penunjuk arah, kami berbincang dengan beliau akan perihal van kami. Memandangkan kami akan naik darik trek Mesilau dan turun di trek Timpohon, kami perlu meletakkan van kami di Timpohon. Bagaimanapun masalah itu selesai apabila Johan (penunjuk arah 1) bersetuju untuk membawa van itu ke Timpohon kemudian berjumpa kami kembali di kilometer (KM) 5. Asalnya perkhidmatan ini adalah percuma, tapi.. (nantikan kisah selanjutnya). Yang akan mengiringi kami di trek Mesilau ini adalah Abdul (penunjuk arah 2)

Tapi malangnya Abdul ini langsung tidak berfungsi sebagai penunjuk arah. Semua kami lakukan dengan usaha sendiri. Nasib baik ada orang yang sudah pernah naik, kalau tidak, mungkin boleh sesat barangkali. Berbalik kepada cerita can tadi, tiba-tiba si Abdul ini pulak yang beriya nak minta bayaran atas servis yang dilakukan oleh Johan tadi. Padahal Johan sendiri yang bersetuju untuk menghantar van ke Timpohon dengan percuma. Aihh kau ni Abdul, makan tuan ya! Rm80 diminta kami bayar. Yang bawak van bukan engkau, minyak pun duit kami. Van pun van kami. Alahaiiii
[Taklimat sebelum mendaki]


[Sebelum mendaki]


Kami memulakan pendakian seawal jam 9 pagi. Semua masih kelihatan gagah. Pemandangan mendaki melalui trek Mesilau memang indah, subhanallah.

Bersambung....


(entri selepas ini mungkin penuh dengan gambar!)