Thursday, September 3

82 : Ramadhan

07.31am.
masih pagi setelah bersahur. tidak mahu tidur , takut terlajak.
lagipun rezeki cerah pagi-pagi ini.

13 ramadhan. adakah kali ini lebih baik dari yang sudah. sigh. moga-moga.

saya hiatus ada 5 sebab-en.LiVe.
malangnya saya hanya ada satu. Malas! itu sudah pasti. kerapkali lakukan sesuatu tanpa tekad yang kuat. macam mana mahu berjaya ini :( ?

detik demi detik. makin pantas berlalu. ada saja yang akan berubah. makin kurang kawan. bukan hilang terus , cuma akan tidak bersama selama beberapa tahun saja. apa agaknya akan jadi bila jumpa kembali di saat semua sudah matang habis-habisan. tiada lagi gelak ketawa merapu? atau perbualan politik serius? moga apa yang akan mendatang dapat memberi manfaat dan mengekalkan hubungan kami.

saya baru tahu bahawa ada perkhidmatan menempah buku di kedai buku. saya mahu mengumpul koleksi Andrea Hirata , tapi malangnya tiada stok di kedai. Saya tanya Stella (gadis ayu di kedai buku) " macam mana nie? , xkan habis da kot?".
Stella jawab "biar saya semak dahulu , encik boleh buat tempahan lahs!" OH! lega hati saya :)

banyak buku mahu dibaca , tapi saya tidak mahu meninggalkan buku yang utama itu.

2 comments:

en.mubasyir said...

er..er..er..

malas itu juga sau alasan, btw.

Meor M. Syafiq said...

ya lah. saya punya satu saja. malas


nyaa...