Thursday, April 14

Cina Balu lagi

0 berbisik
Diplagiat dan dimelayukan daripada blog Paklee76







[Di Kinabalu Park]


Untuk ekspidisi kali ini kami memutuskan untuk melalui trek Mesilau-Puncak-Timpohon. Berdasarkan pengalaman dua orang ahli yang sudah pernah mendaki gunung ini, pemandangan di Mesilau lagi indah berbanding Timpohon yang sepanjang perjalanan terpaksa melalui anak tangga. Walaupun trek Mesilau ini lebih jauh berbanding trek Timpohon, tetapi pemandangan yang cantik amat berbaloi dengan usaha keras kami.

Selesai pendaftaran di Kinabalu Park, kami terus ke TM Sri Intan, Kundasang untuk bermalam di sana. Selesai mendapat kunci bilik, kami berehat dan sekitar pukul 5.30 kami ke Ranau untuk makan malam dan membeli-belah keperluan pendakian esoknya.


[Di TM Sri Intan Kundasang]


[Pengangkutan rasmi]

Keesokan harinya (3 Mac 2011) kami bangun awal untuk bersiap. Semua nampak gembira, iyelah, baru dekat bawah. Tak berdarah lagi, kahkah! Kami ke Kinabalu Park untuk bertemu dengan jurupandu kami dan mengambil pek makanan tengah hari kami. Sarapan pada pagi ini tidak termasuk dalam pakej yang ditetapkan olah Sutera Sanctuary Lodge (SSL). Oleh kerana pek makanan tengah hari kami sangat enak, kami putuskan untuk makan ia sebagai sarapan.
[Pek makanan tengah hari sarapan]




[Bersedia untuk misi menakluk Kinabalu]


Setelah berjumpa dengan penunjuk arah, kami berbincang dengan beliau akan perihal van kami. Memandangkan kami akan naik darik trek Mesilau dan turun di trek Timpohon, kami perlu meletakkan van kami di Timpohon. Bagaimanapun masalah itu selesai apabila Johan (penunjuk arah 1) bersetuju untuk membawa van itu ke Timpohon kemudian berjumpa kami kembali di kilometer (KM) 5. Asalnya perkhidmatan ini adalah percuma, tapi.. (nantikan kisah selanjutnya). Yang akan mengiringi kami di trek Mesilau ini adalah Abdul (penunjuk arah 2)

Tapi malangnya Abdul ini langsung tidak berfungsi sebagai penunjuk arah. Semua kami lakukan dengan usaha sendiri. Nasib baik ada orang yang sudah pernah naik, kalau tidak, mungkin boleh sesat barangkali. Berbalik kepada cerita can tadi, tiba-tiba si Abdul ini pulak yang beriya nak minta bayaran atas servis yang dilakukan oleh Johan tadi. Padahal Johan sendiri yang bersetuju untuk menghantar van ke Timpohon dengan percuma. Aihh kau ni Abdul, makan tuan ya! Rm80 diminta kami bayar. Yang bawak van bukan engkau, minyak pun duit kami. Van pun van kami. Alahaiiii
[Taklimat sebelum mendaki]


[Sebelum mendaki]


Kami memulakan pendakian seawal jam 9 pagi. Semua masih kelihatan gagah. Pemandangan mendaki melalui trek Mesilau memang indah, subhanallah.

Bersambung....


(entri selepas ini mungkin penuh dengan gambar!)


Wednesday, April 13

Cina Balu

2 berbisik
Diplagiat dan dimelayukan daripada blog Paklee76


Perjalanan hidup saya,

Melawat gunung tertinggi di Malaysia, Gunung Kinabalu
Ini merupakan satu tempoh yang lama untuk saya menghasilkan entri ini. Walau pun diplagiat sahaja, tetapi memelayukan entri ini bukan senang. Bukan apa, cuma saya lebih selesa kalau tulisan saya ditulis dengan bahasa ibunda saya.

The Underestimate tidak pernah sama sekali kering dengan aktiviti. Ada sahaja masa yang kosong, disitulah ada aktiviti. Awal tahun 2011 kami sibuk dengan persiapan fizikal dan mental untuk ke Kinabalu. Antara gunung dan bukit yang dijadikan tempat latihan untuk kami ialah Bukit Broga, Gunung Tokwan, Gunung Angsi, dan yang paling popular Gunung Datok. Bagi saya ini adalah pengalaman kali pertama memanjat Gunung Kinabalu, dan pastinya ia bukan kali terakhir saya akan datang ke sini. Ekspidisi kali ini melibatkan 9 orang ahli Underestimate; Azmir, Kak Dilla, En. Fazli, Cha, Nazir, Ongah, Kak Tuty, Nadia dan saya sendiri. Seorang lagi ahli iaitu Bob terpaksa membatalkan kehadiran atas sebab-sebab peribadi.

Pemandangan Gunung Kinabalu dari Kundasang


Ekspedisi bermula!

Kami bertolak dari Melaka lebih kurang pada pukul 9 malam (1 Mac 2011) dan bermalam di Lapangan Terbang Kos Rendah (LCCT) kerana tiket penerbangan kami adalah pada pukul 6.50 pagi (2 Mac 2011). Bagaimanapun penerbangan Kak Tuty dan Nadia adalah 1 jam dan 2 jam selepas kami. Sampainya di LCCT, kami mempunyai banyak masa untuk dibazirkan sementara menunggu untuk berlepas.


[Sementara menunggu waktu berlepas]

[Ayahanda, anakanda, adinda, ibunda]

[Ini bukan judi, ini happy family]

[Nasi ayam Marrybrown]

9.30 pagi, kumpulan pertama yang mendarat di Kota Kinabalu. Kami menunggu ketibaan van Telekom Malaysia (TM) yang sudah kami tempah untuk disewa sepanjang keberadaan kami di sini. Van tersebut mampu memuatkan kami secukupnya. Tak sempit dan tak juga luas. Sementara menunggu ketibaan pesawat ke-2 dan ke-3, van itu pun kami parkir berdekatan dengan pintu masuk lapangan terbang.



[Pemandangan dari tingkap kapal terbang]

[Kumpulan pertama selamat mendarat]


[Underestimate di Kota Kinabalu]


[Saman parkir di tempat tak sepatutnya]

Satu jam kemudian, Kak Tuty sampai dan kami pun pergi ke Kentucky Fried Chicken (KFC) untuk sarapan sementara menunggu ketibaan Nadia.


[Menunggu ketibaan Nadia]

Lebih kurang pukul 12 tengah hari, Nadia selama tiba dan kami pun meneruskan perjalanan ke Kinabalu Park untuk mengesahkan pendaftaran pendakian keesokan harinya.


Bersambung