Tuesday, March 8

Kenapa Meor?

2 berbisik
Salam alaik'

Sudah seminggu sejak tibanya saya dikampung halaman. Saya dirumah menolong ibu bapa. Saya anak yang rajin, pada pendapat sayalah kan. Kepada yang tidak mengenali atau tidak tahu menahu tentang diri saya, saya baru sahaja pulang dari Kota Kinabalu, Sabah. Isi pasal Sabah nantilah kita cerita lagi.

Kenapa Meor?, kenapa bukan Megat?, kenapa juga bukan Syed?.

Ianya begini, saya berasal dari keluarga yang mempunyai darah keturunan Arab iaitu keluarga Syed sekalian. Ini datangnya dari darah ibu saya. Bapa saya pula berasal dari keturunan Jawa yang moyangnya sendiri berasal dari Tanah Jawa itu sendiri kemudian berhijrah ke Tanah Melayu tika itu.

Jadi, Arab + Jawa=Meor (Masih tidak jelas?)

Masyarakat dahulu amat mementingkan darjat keluarga. Mereka percaya dengan nama yang mulia mencerminkan peribadi yang mulia. Itu dululah, sekarang sudah tidak rasional lagi mungkin. Kan? Awak semua pun mesti setuju. Ada sahaja yang bernama Muhammad/Khadijah/Ali berpeleseran di parti-parti sosial.

Seorang darah asli Syed berkahwin dengan wanita kebanyakan dan mempunyai anak. Anak itu boleh digelar dengan pangkal nama Syed. Sebaliknya pula bagi wanita asli Syed berkahwin dengan lelaki kebanyakan maka anak mereka hendaklah diletakkan pangkal nama Meor/Megat. Mereka ini masih berketurunan Syed tapi cuma darah mereka sudah bercampur.

Sudah jelas bukan kenapa saya adalah seorang Meor.