Saturday, January 31

Karma

5 berbisik
salam alayk kepada semua umat.
lagi-lagi umat yang membaca atau terlalu laman ini.
terima kasih daun keladi saya ucapkan.

sudah terlalu lama saya tidak kemaskini laman ini. alasan tipikal saya, saya tiada masa. bagi mereka yang kenal akan saya, mereka mungkin setuju. lagi-lagi ibubapa saya. mereka jua lah yang amat memahami saya. terima kasih akan mereka. tapi di sebalik alasan tipikal saya, mungkin ada alasan yang lai tepat seratus peratus. kekeringan idea satu, dan satu lagi ialah saya di rumah sangat lah kuar beradu. ya! beradu seorang diri lah tapi. saya sudah jemu bercinta. saya timbus niat di hati ingin kembali menjadi seperti yang pernah saya jadi dahulu kala. gamaknya bagai seorang laksamana sunan, gelaran ini nurul yang ejek saya. hehe.

Hidup belum tentu, Mati sudah pasti-Maut.

wayang gambar di atas pastinya menarik. dengan intipati utamanya berdasarkan kehidupan disisi gelap rakyat malaya. pastinya juga banyak kritikan dan pandangan negatif. biasalah, hidup ini perlu ada hitam putihnya. persoalan bolehkah kita menggambarkan sendiri hari pengakhiran itu di dalam wayang gambar, itu saya tidak mampu untuk membalas persoalan itu. rasanya baik saya cuba mengupas kebaikannya sahaja. walau tiada kupasan sekalipun, saya tetap tidak mahu menjadi contoh untuk rakyat malaya menuding jari ke arah saya dan berkata dalam hati mahupun dengan jelas dan nada tengking kepada saya " Kau ni sama sahaja macam pelakon maut itu". itu sudah keterlaluan untuk ibubapa saya nanti. mereka sudah cukup bagi saya keperluan, tidak mahu lah saya menolak korban mereka itu. berat timbangan saya nanti.

"It's not about religion, It's karma" kata salah seorang watak didalam filem ini semasa promosi menjemput kalian, rakyat-rakyat yang ada untuk hadir menonton.

jadi untuk kalian semua. bagi yang cuti, selamat bercuti. elak jadi macam saya ya!
bagi yang baru masuk ke sekolah selamat bersekolah.





Thursday, January 15

Bokeh-Blur in Japanese

4 berbisik
assalamualaikum.
saya sudah mula bercuti, saya kene selesema teruk akibat debu dan habuk dari rumah.
saya ingin ada rumah baru. angan-angan sahaja.

apa yang saya manfaatkan cuti ini. tidak banyak. cuma rutin yang diulang-ulang setiap hari.
baru malam ini saya menyentuh komputer busuk saya. sorenya saya menangkap gambar. memanfaatkan kamera pemberian makcik. dan pada malam ini saya bereksperimen dengan komputer busuk saya.




bagi yang hebat, mungkin cebisan di atas cuma celah-celah gigi anda. saya tahu anda hebat. teruskan dengan kehebatan anda. anda mampu pergi jauh. insyaAllah saya doakan. bagi yang ingin saya hebat pula. minta-minta didoakan kejayaan saya. mampu pergi jauh dunia dan akhirat.

sekian.

Friday, January 9

Mendengki

1 berbisik
sudah lama tidak menulis.
setiap minggu pulang ke kampung.
kelas harian juga sudah habis.


janggal bila pulang kerumah keseorangan. bila mahu ambil telefon bimbit ingin menghantar pesanan ringkas pada rakan-rakan, oh tidak! mereka masih bersekolah pula. haish. sekolah punya sekolah.

saya belum lagi cuti waktu ini. tapi cuma tulis awal hendak bagi rakan-rakan mendengki. biar mereka mendengki. siapa suruh tidak sama sekolah dengan saya.

sudah enam purnama saya di tanah melaka. nanti saya tulis lagi. bila mana saya pulang dari tangkak dan tambun. di sana mahu mandi-manda!.

Thursday, January 1

babi, bodoh dan bangang

6 berbisik
kini kau lupakan ibu,

jika kau lakukan ini, maksud saya, jika kau betul-betul mahu lupakan ibu kau, silalah buat. saya tidak memaksa. saya juga tidak menggalakkan. saya hanya berkata-kata.


lupakan juga ayah mu,

ini juga. kalau kau mahu lakukan, silalah. saya amat-amat tidak memaksa. tidak sanggup saya memaksa kalian bertindak demikian. saya ulang kembali. saya langsung tidak menggalakkan. saya cuma berkata-kata.

andai kata saya dipersalahkan kerna kesalahan bodoh kalian. saya akan saman anda. nantikanlah. seperti yang saya kata. saya tidak memaksa dan tidak pernah menyuruh. kalian sendiri yang bodoh pergi mengeji dan meninggalkan orang tua bangka kalian terkapai-kapai. bodohnya kalian ini.

untuk ibu dan ayah saya, doakan saya ya!