Tuesday, February 24

Metro

10 berbisik

Salam sejahtera.
Ini mungkin entri berbaur emosi.
Rindu sudah pada kawan-kawan, saya janji saya tidak melebih-lebih emosinya.

Mulalah saya mahu cerita pasal kisah kami berlima, juga ada tambahan-tambahan rakan-rakan yang lain sebagai pendorong semangat dan pelengkap kemenangan. Terima kasih ya kamu semua!.

Kali pertama kami masuk pertandingan bolasepak padang kecik ini pada waktu umur kami belum pun cukup 15tahun lagi. Berbekalkan harapan konon-konon kami ingat kami sudah lincah bermain, tanpa persiapan rapi kami tawakal. Beritahu ibu bapa nak masuk, sudah dapat restu tapi kami lari dari sekolah semata-mata pertandingan Kosmo bawah 17 tahun untuk zon selangor. Waktu peringkat kumpulan memang susah. Semua wakil yang datang adalah wakil-wakil kelab yang gah-gah cuma kami semua kumpulan yang kerdil. Tapi kamu semua nak tahu? kami dapat no4 lah. Kami kerdil tapi kami bukan main-main.

Hasil dari kemenangan ini kami dapat tawaran berlatih bawah jurulatih bangsa Brazil yang pada waktu ini melatih pasukan Malaysia. wah bangga gila. Selang seminggu waktu sesi latihan, kami sekali lagi lari dari sekolah pergi pusat latihan. Kami datang lambat, lambat gila. Latihan da pun habis. Kami cakap kami jauh gila, kelas pun habis lambat. Rugi gila. Tapi siapa tahu tuah manusia di mana kan. Kami dapat friendly pula dengan pakcik-pakcik berumur yang samba gila.

Sesi latihan kedua pula kami pergi. Kali ini sempat berlatih sekejap. Dan untuk sesi seterusnya kami tak mampu komited kerna umur masih muda, dan ada Pmr untuk difikirkan.

Lepas dapat semangat dari darjat kemenangan masa Kosmo ini, kami selalu masuk pertandingan kecil-kecil, ada juga yang kami juara, tapi ada juga yang kami tidak lepas dari badi semi-final. Inilah peringkat yang kami susah nak lepas. Bila sampai sini sahaja kami kalah. Adoi takde rezeki gamaknya.

Gamba atas, kami dengan berani tanpa ragu-ragu masuk peringkat terbuka zon selatan. Hmm...lawan pakcik-pakcik, abang-abang yang tua berbelas tahun. Kami baru sahaja hendak masuk 17 tahun. Seharian bermain, lepas peringkat kumpulan, tapi masih lagi badi semi-final itu kami tak dapat nak lepas. Hmm takde rezeki gamaknya.

Saya rindu hendak bermain lagi dengan kumpulan ini. Tapi kini masing-masing sudah jauh. Mungkin ada masa kita main lagi dan kita hilangkan badi semi-final itu.

Untuk Kamu

0 berbisik
salam sejahtera kawan-kawan.

Bila terjatuh baru nak mengadah, (betulkan jika salah). Sakit tu bile tiba-tiba sedang asyik berdiri sambil melompat-lomptat tapi dengan secara tiba-tiba kita boleh jatuh tersungkur tergolek. Logik akal pun macam tak boleh nak terima. Tanpa ribut, tanpa taufan mana boleh satu pokok itu tumbang bukan.

Benar jika difikirkan dari logik akal, kebanyakan benda yang berlaku kat dunia semua macam mustahil jer. Fikirkan macam mana tiba-tiba terciptanya abjad-abjad untuk kita mengeja, terciptanya ayat untuk kita berucap,terciptanya bahasa untuk kita berbasa-basi pula. Ini baru cuma contoh senang, anda fikirkanlah lagi contoh remeh anda. Saya tidak mampu hendak berfikir yang lebih remeh lagi. Nah, saya fikir anda pun pening ubun sudah memikirkan perkara ini, bagaimana ia terjadi. Usah lagi berfikir, serahkan saja pada Tuhan. Kerja Dia bukan? lagipun akal kita pendek, cuma perkara remeh-temeh yang senang sahaja mampu kita saratkan dalam akal kita.

Jangan fikir bila kita sudah senang, kita sudah kaya, kita sudah dapat segalanya dan segala itu akan kekal milik kita selama-lamanya. Mana ada benda macam ini, mustahil. Tapi boleh jadi juga dengan kuasa yang Esa. Tapi janganlah fikir kita akan selamanya dibantu oleh Tuhan kalau kita pun perangai macam orang yang membelakangkan tuhan yang Esa. Ini lagi perkara mustahil kalau hendak hidup senang tapi lari dariNya. Juga perkara ini tidak mustahil jika tuhan untuk dijadikan perkara yang kita nampak sebagai nikmat ini rupa-rupanya sebagai satu tipu daya Tuhan untuk buat kita lagi berserabut. Moga kita semua dijauhkan dari azab ini.

Asas yang penting kita kembali padaNya, ini juga satu peringatan untuk saya, untuk kalian, dan untuk semua. Moga ada manfaatnya karutan ini.

p/s: saya sudah homesick ini. lama sudah tidak memulang ke kampung halaman. ;(

Friday, February 20

Remember the name

0 berbisik



1. YOUR REAL NAME:
Meor Mohd Syafiq

2. YOUR GANGSTA NAME: (first 3 letters of real name plus izzle.)
Meoizzle

3. YOUR SPY NAME: (favorite color and favorite animal)
Red Dolphin

4. YOUR SOAP OPERA NAME: (your middle name and street you live on/or neighborhood if it's a number)
Mohd Meru

5. YOUR STAR WARS NAME: (the first 3 letters of your last name, first 2 letters of your first name)
FiqMe

6. YOUR SUPERHERO/CRIMINAL NAME: (Your 2nd favorite color, and favorite drink)
White Teh o Ais

7. YOUR IRAQI NAME: (2nd letter of your first name, 3rd letter of your last name, 1st letter of your last name, 2nd letter of your moms maiden name, 3rd letter of your dads name, 1st letter of a siblings first name, and last letter of your moms first name).
Efsodmi

8. YOUR WITNESS PROTECTION NAME: (parents middle names).
Norini

9 . YOUR GOTH NAME: (black, and the name of one of your pets).
Black (don't have pet maa..)

10 . YOUR HOOD NAME:....first 3 of your first name and add -iqua....
Meoiqua

Wednesday, February 18

Rutin

0 berbisik
salam alayk.

Tiada banyak yang hendak diperkatakan, cuma rutin biasa yang diulang-ulang sentiasa. Rutin yang kadang membosankan, kadang meriangkan.

Jemput datang flickr saya!

This is the way that we love, Like its forever. Then live the rest of our life, But not together.-MIKA




p/s: saya akan kemaskini pautan rakan-rakan saya, yang tiada kontribusi harap maaf la ya.


Friday, February 6

Tua Kerepot

0 berbisik
Salam alayk kalian semua.
Semoga kalian dalam rahmat tuhan yang Esa.

Bila jahat sekali, mesti jahat selalu. Kesian kalian, bila sedang ingin gembira, terkena pulak tohmahan begini. Tepat ke batang hidung pula, sikit pun tak tersasar. Ada sahaja yang salah, ada sahaja yang tidak kena. Mereka serupa malaikat apa boleh berkata begini. Sabar ya kalian. Yang sabar itu lagi hebat, pastinya!.

Juga bila baik, tidak mesti baik selalu. Bila baik orang hormat, orang sanjung. Mulalah kalian bangga diri pula. Ini bagi mereka yang kepura-puraanya lebih dari yang sepatutnya. Kata berjuang demi agama, tapi sikap pula sama sahaja seperti mereka yang terkapai-kapai mencari agama. Bagaimana ini? Betulkah visi ini? Sesuaikah perlaksanaan dan matlamat itu. Saya tidak tahu, kenyataan yang benar, saya bukan sesiapa.

Kesian pada kalian yang kadang terjatuh sebelum mampu berdiri. Kalian sudah usaha, tapi cuma bisikan jahat yang mengacau kalian bukan? saya faham itu, pernah juga terjadi pada saya. Malah setiap umat pernah terjadi. Lumrah alam kata si tua kerepot di bangku jalan bila ditanya mengapa sampai begini nasibnya. Dahulu si tua kerepot ini punya segala-gala yang diidamkan kalian. Katakan apa sahaja nafsu kalian, semua pernah dirasai si tua kerepot ini. Tapi si tua kerepot ini bukan pada mudanya si muda yang negatif, si tua kerepot ini sangat baik pada usia mudanya.
Tapi bila bisikan datang, si tua lupa akan niatnya, cita-citanya. Terus jatuh hingga merempat di kaki lima. Si tua terlampau ikut kata orang. Persetankan kata orang, janji kita masih di landasan.

Si tua kerepot berpesan pada kalian, katakan pada diri sendiri bahawa "Saya tahu impian saya besar, tetapi tidak mustahil"

Thursday, February 5

Hinata

9 berbisik
Salam alayk
Semoga kalian dalam rahmat tuhan yang Esa

Kali pertama menulis, ramai yang mengkritik. Perkara ini biasa kata kawan. Mereka bukan saja-saja kritik tanpa sebab, mereka kritik bukan kerana mereka mendengki, mereka kritik kerana mereka tahu itu salah. Biasa lah, manusia mana yang sempurna, siapa berani angkat tangan bahawa mereka sempurna. Cepat angkat kalau ada!.

Juga kebalakangan ini saya banyak terjatuh. Bukan terjatuh dari dari sifat yang fisikal, tapi lebih kepada terjatuhnya iman, terjatuhnya kesabaran, terjatuhnya nilai kecerdikan di mata manusia. Banyak perkara-perkara nakal saya lakukan, sampai ia bersangkut paut dalam kehidupan seharian saya. Ada orang tidak percaya bahawa sesuatu perbuatan itu berkaitan antara satu sama lain. Contoh mudah, bila kita main dalam kelas semasa sekolah, kita akan tertinggal pelajaran bukan?, kita juga akan kene marah bukan?. Meski bende ini nampak macam " ala memang la kalau main dalam kelas, cikgu akan marah". Tapi hakikatnya benda ini tetap berkait bukan. Saya cuma bagi contoh mudah, anda fikir lah contoh remeh anda sendiri!

Jadi bila terjatuh, kita harus bangkit. Mungkin juga terjatuhnya kita sebab kita tidak ada perasaan sabar, sentiasa ingin ekspres bila inginkan sesuatu. Mana boleh begitu, bukan aturan alam setiap perkara menjadi mudah. Tiada yang mudah, semua perlu usaha, semua perlu ada sabar. Kalau kalian tidak mahu begini, kalian akan terjatuh lah seumur hidup kalian. "Belajar dahulu berdiri, sebelum berlari".

Jadi sekarang, mari kita sama-sama bangkit dan berdiri, bila dapat rentak kita rancakkan larian lagi. semoga berjaya!

Monday, February 2

saja-suka

2 berbisik
bagaimana ya mahu memulakan entri kali ini.
asik mula dengan cara yang sama sahaja, jemu sudah saya, bosan sudah kamu. pastinya!

tiada sempat menyambung, mahu ke eye-on-malaya. menangkap gamba