Friday, September 11

Diari Ramadhan Saya

5 berbisik
Pada mulanya saya mati akal hendak menulis apa tentang ramadhan saya. saya bukak fail-fail musik. Musik dari Kitaro barangkali sesuai untuk merangsang otak saya yang makin lembap. Saya ambil mood.

Ramadhan sudah di peringkat senja di waktu ini. Selang berbulan-bulan lamanya baru boleh ketemu kembali dengan ramadhan. Itupun kalau umur saya panjang. Mudah-mudahan.

Alhamdulillah saya puasa dari makan. Tetapi puasa dari yang lain saya tidak pasti sama ada lengkap atau tidak. Tapi saya cuba. Benar syaitan sudah diikat , tapi nafsu diri yang tidak boleh dikawal.


Saturday, September 5

84 : Buku

6 berbisik
assalamualaikum

Ketupat Cinta ; Musim Pertama
How To Win Friends & Influence People
Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck
Saasatul Ibaad
Life Beyond Measure ; Letters To My Great Granddaughter
Sang Pemimpi
Edensor
Maryamah Karpov
Wo Ai Ni Allah
Rahsia Ummi
Men Are from Mars, Women Are from Venus

ini buku-buku dekat rak saya. masih belum disentuh. tamak kah saya ?
tidak salah tamak ilmu rasanya!

Friday, September 4

83 : Pasal bunga

1 berbisik
Hiatus bukan bunga lahs. Kaktus itu bunga. Hiatus dan kaktus bunyi sama , tapi bukan benda sama!

Kepada kawan-kawan laman sosial Fb saya , saya berehat sementara berbaki ramadhan ini. Bukan tidak mahu kawan , tapi takut saya yang tak terkawal. Saya mahu jua ada masa depan. :(

p/s: doakan kecemerlangan saya.

Thursday, September 3

82 : Ramadhan

2 berbisik
07.31am.
masih pagi setelah bersahur. tidak mahu tidur , takut terlajak.
lagipun rezeki cerah pagi-pagi ini.

13 ramadhan. adakah kali ini lebih baik dari yang sudah. sigh. moga-moga.

saya hiatus ada 5 sebab-en.LiVe.
malangnya saya hanya ada satu. Malas! itu sudah pasti. kerapkali lakukan sesuatu tanpa tekad yang kuat. macam mana mahu berjaya ini :( ?

detik demi detik. makin pantas berlalu. ada saja yang akan berubah. makin kurang kawan. bukan hilang terus , cuma akan tidak bersama selama beberapa tahun saja. apa agaknya akan jadi bila jumpa kembali di saat semua sudah matang habis-habisan. tiada lagi gelak ketawa merapu? atau perbualan politik serius? moga apa yang akan mendatang dapat memberi manfaat dan mengekalkan hubungan kami.

saya baru tahu bahawa ada perkhidmatan menempah buku di kedai buku. saya mahu mengumpul koleksi Andrea Hirata , tapi malangnya tiada stok di kedai. Saya tanya Stella (gadis ayu di kedai buku) " macam mana nie? , xkan habis da kot?".
Stella jawab "biar saya semak dahulu , encik boleh buat tempahan lahs!" OH! lega hati saya :)

banyak buku mahu dibaca , tapi saya tidak mahu meninggalkan buku yang utama itu.