Saturday, February 19

CV

2 berbisik

Assalamualaikum.

1081105663, ini no pengenalan diri saya di sekolah tinggi Multimedia. Saya pelajar berdaftar kalau awak-awak semua tidak percaya. Bukan saya nak riak sekolah saya terkenal di Malaysia ke apa. Bukan saya nak bangga kot-kot saya ni taraf lagi tinggi dari orang lain. Saya bukan Ayah Pin, dan saya pasti saya juga sama taraf macam anda. Itupun jika awak itu bukan Ayah Pin. (lihat sini)

Perihal belajar dan kokurikulum saya imbangkan. Orang kata pandai satu jenis pun tak guna jugak. Keputusan kelas pertama pun tak menjanjikan kebahagiaan hidup. Begitu jua keputusan hebat dalam bersukan. Tak juga boleh menjanjikan kebahagian hidup. (konteks kebahagian pada perenggan ini ialah hidup berjaya sejayanya)

Nak cakap bahawa hidup ini perlu ada kanan kiri, perlu ada yin yang. Semua pun faham kan? Itu senang bercakap dengan orang yang bersekolah. Semua faham! Yang sukan kita perlu ada, yang akademik itu pun kita perlu ada. Itu yang saya nak cakap.

Pasal akademik cukuplah awak-awak semua tahu yang saya ada sijil UPSR, PMR, SPM. Untuk sekolah tinggi insyaAllah doakan lah boleh dapat sesegera mungkin. Oh ya!, saya sudah habis sesi pembelajaran di sekolah tinggi untuk sesi diploma. Kene habiskan masa 3 bulan praktikal dan saya secara rasminya sudah habis. Amin!

Kokurikulum saya ;

Saya ini sejak kecil memang nakal yang amat. Nasib ibu bapa tak berputus asa dengan saya. Kalau tak, entah dekat mana saya sekarang. Aha. Bergurau manja ye mak abah :)

Tapi memang nakal saya terbawak sampai ke muda remaja ini. Susah nak duduk rumah, asyik nak keluaaaaaaaaaaaarrrrr je. Aha, tapi fokus kokurikulum saya ada pada sukan hiking. Matlamat saya ialah semua gunung di Malaysia saya hendak jejakkan kaki.

10 hari lagi The Underestimate@Gunung Kinabalu


Tuesday, February 15

Harga kejayaan

0 berbisik
Ingin aku katakan bahawa sesiapa yang tidak mahu akan kejayaan itu amat rugi bagi dirinya. Selain keredhaan pencipta kita, kejayaan juga perlu kita kecapi. Namun apa harganya?

Kalau dikatakan menjadi yang pertama di dalam bilik darjah itu adalah kejayaan. saya akan beli!

Kalau dikatakan hebat dalam sukan itu adalah kejayaan, saya akan beli!

Kalau dikatakan cantik rupa paras itu adalah kejayaan, saya akan beli!

Kalau dikatakan belajar luar negara itu adalah kejayaan, saya akan beli!

Kalau dikatakan taat kepada ibubapa itu adalah kejayaan, saya akan beli!

Kalau dikatakan bangun pagi itu adalah kejayaan, saya akan beli!

Kalau dikatakan pandai bermain sukan itu adalah kejayaan, saya akan beli!

Kalau dikatakan aktif bersosial itu adalah kejayaan, saya akan beli!

Bermacam jenis harga untuk kejayaan, yang penting sama ada kita mahu atau sudi untuk mengeluar sejumlah harga untuk kejayaan itu. Lagi besar kejayaan, lagi mahal harganya, sama macam beli sesuatu. Hendak atau tidak, kenalah kita kumpul uang dari sekarang kerana nescaya kejayaan ini tak akan datang dengan sendirinya tanpa usaha.

Saturday, February 12

Inikah keamanan?

0 berbisik
Belum ada pun peminat setia? Belum ada pun pembaca tegar? Belum ada pun gulungan dalam tangan? Itu sebabnya! Apa layaknya saya untuk ada peminat? Dengan nilai kualiti macam mana yang menyebabkan saya perlu ada pembaca tegar?

Jangan risau, saya peminat kalian. Kalian pastinya ada semua itu. Kualiti dan ideologi yang bersih. Nilai murni yang halus diterap dalam setiap patah kata. Magis! Saya suka.

Friday, February 11

Bukan entri serius

0 berbisik
Dah berapa kali saya cakap, saya memang serius.

Dimuliakan kepada pembaca blog ini. Yang arif kepada sekalian keji yang mengkritik, teruskan usaha anda, dihargai sekalian alam.

#Egypt25, #jan25 (Ini adalah code kepada pemain twitter.)

Tempohari tersebar ideologi revolusi dekat seluruh alam. Apa itu revolusi?. Saya kenal perkataan ini pun masa belajar sejarah tempohari dekat teratak dulu. Cikgu menerangkan yang revolusi itu adalah perubahan sosial atau budaya yang cepat di dalam sesuatu masyarakat setempat. Sudah paham?

Jadi apa sahaja tindakan atau gerakan yang mengubah dengan pantas sesuatu budaya atau kebiasaan masyarakat setempat boleh digelar revolusi. Bagus ke revolusi ini? Ia bagus jika dari arah buruk kepada kebaikan. Tidak bagus jika sebaliknya. Cakap siapa yang mahu pemimpin adil yang punya isteri solehah direvolusikan? Tidak mahu bukan. Kerana ia buruk bila direvolusikan. Tiada lagi sepakat pada kaum. Kahkah!

Apa pendapat saya pasal revolusi negara-negara lain? Saya sokong jika ia kearah kebaikan. Macam saya katakan tadi, siapa yang dari baik ke buruk. Itu malapetaka. Tetapi, yang saya musykil lah kan, macam mana kalau ini cuma hanya satu gerakan di atas papan catur? Ini cuma kata hati saya.

Apapun, saya lebih mengajak kepada rakyat Malaysia be-revolusi dengan sukan tempatan. Gulungkan pemimpin yang kononya tahu dan lebih arif dari sekalian puluhan juta rakyat Malaysia. Pertama sekali, mari kita revolusi dengan #SultanBola.

Kan saya dah cakap, saya memang serius!