Saturday, October 31

saya bukan pelik

saya bukan seorang yang emosional. jgn risau. saya masih punya akal untuk tidak bertindak sesuka hati.

awal dahulu , saya selalu ingin jadi lain dari yang lain. saya tak mahu jadi seperti mana semua orang lain. idea asal saya nampaknya sudah diguna pakai orang lain. bukan ingin mengata idea saya diplagiat , tapi saya berbangga ada juga orang berfikir seperti mana saya berfikir.

saya tidak mahu digelar orang yang pelik , saya normal. cuma idea saya yang pelik. kerana ingin jadi lain dari yang mesti punya akal yang mampu fikir yang pelik-pelik atau lain dari fikiran tipikal manusia. jika tiada orang seperti ini , mungkin tidak wujud seni.

bukan jua saya orang seni. saya tidak mahir melukis , mungkin setakat orang lidi itu saya mampu. abstrak apatah lagi. cuma idea asal saya untuk bekarya di laman ini adalah melukis. malangnya saya tidak pandai melukis.

saharil conteng ini yang saya mahu contohi

No comments: