Sunday, December 11

1433H

Entah dah berapa kali sejak kemunculan aku kembali di dalam arena menulis ini. Tak terkira dengan sepuluh jari yang ada. Setiap kemunculan pasti seperti hangat-hangat tahi ayam. Entah kenapa berlaku sedemikian pun, tuhan sahaja yang tahu.

Adakah disebabkan hati aku memang tidak dilahirkan cekal untuk menerima cabaran atau kritikan atau memang aku ini manusia yang dilahirkan malas. Haha

Yang pastinya aku memang ada minat dalam seni sastera atau penulisan ini, cuma mungkin betul seperti apa yang diperkatakan oleh aku sebentar tadi, hangat-hangat tahi ayam. Argh, semua impian pun asalnya omong-omong kosong seseorang. Apa yang membenarkan omongan itu menjadi kenyataan adalah seseorang perlu adanya jiwa dan  semangat yang kental untuk meneruskan omongan itu.

Pastinya itu yang aku kurang. Ya! Aku belum mendapat anugerah itu. Sama ada akan aku dapat kelak atau aku tak akan dapat langsung semua bergantung padaNya. Itu sama sekali diluar kemampuan aku untuk mentafsirkan aturan hidup yang telah ditetapkanNya.

Apa yang aku faham tentang anugerah ialah ia seperti mana satu hadiah atau ganjaran yang akan diberikan kepada orang yang telah benar-benar berusaha sehingga melayakkan seseorang itu mendapat sesuatu anugerah sebagai ganjaran. Jadi persoalannya disini, adakah seseorang itu atau lebih tepat lagi sama ada aku telah benar-benar berusaha dan layakkah aku untuk mendapat sesuatu anugerah?

Mungkin hingga setakat ini jawapan yang mampu aku berikan adalah aku belum bermati-matian berusaha. Mungkin aku amat ambil ringan tentang sesuatu yang aku minat sehingga aku tak dapat anugerah itu. Itu lah, mungkin memang aku sengaja tak ambil peduli semuanya kerana sememangnya aku hanya hangat-hangat tahi ayam dari mula lagi.

Tapi aku yakin yang aku bukan hangat-hangat tahi ayam. Aku tahulah sebab omongan ini lahir dari hati aku, bukan hati kau! Sememangnya aku tidak sama sekali hangat-hangat tahi ayam terhadapa perkara yang aku minat. Aku cuma kurang rajin. Selepas ini aku akan lebih rajin. Aku janji (ini janji antara aku dan diri aku. Tak perlu kau ungkitkan dikemudian dengan soalan "bila kau nak tunaikan janji kau?")

Boleh kata ini kira azam aku seusai 1432H berlabuh. Oh dan juga azam menjelang tahun 2012.

No comments: