Friday, October 17

K.A.M.I musim ke-2

olahan dari kami musim pertama oleh HiJau

"apekah ini merupekan episod terakher? atau hanye episod terakher musim 1? nantikan"

Bila mana membaca post bukan emosional dari seorang teman rapat, huh tersentuh juga hati ini. Bukan hendak menangis, yerla, sudah bertahun kawan tiba2 sudah tidak akan berjumpa untuk tempoh waktu yang panjang. Ye saya tahu zaman sudah maju, ada segala macam kemudahan. Itu saya tahulah. saya budak IT. maaf! bukan ingin membangga. Tapi itulah manusia. Sesetengah daripada mereka anggap mereka lebih bijak dengan memperkecilkan orang lain. Saya tahu saya lemah, tapi saya juga ada kelebihan tau.huh

Antara kami berlima (sambung kisah daripada HiJau) saya yang paling muda. Sayalah juga yang paling kurang garamnya. Meski kami berbeza umur, tapi itu tidak menghalang dari rapatnya kami. Tahun ini kami paling banyak bersama. Banyak juga kompilasi-kompilasi yang kami terbitkan bersama. Haha memang sungguh lawak bila mengenangkan kisah itu kembali. Tapi kenangan tetap kenangan.

Sekarang sume sudah besar. mengejar cite-cite masing. doktor, aktuarists, pakar it, bioteknologist, arkitek.

Kami belum berpecah, kami cuma terputus hubungan fizikal. Kami berhubung melalui macam2 cara. Yalah, zaman sudah maju.

Jadi kepada teman2 ku, semoga kamu semua mencapai apa yang diidamkan, dan moga2 segala usaha diberkati tuhan yang maha Esa.

Kesimpulanya untuk musim yang pertama ini sudah anda ketahui. Mungkin kami akan bersambung di musim ke 2. Adakah saat itu si Falcao sudah mempunyai cahaya mata? Nantikan


*post ini dilakukan pada waktu pagi, kala mayosapik tidak boleh tidur
maafkan nagrutan ini. selamat puasa enam!

5 comments:

fana said...

ceh! moodist pulak

Anonymous said...

shh. senyap. byk bising plak.

Meor M. Syafiq said...

hahah..

fana said...

like my heart le. haha
troskan moodist kau incik mayo

thaaqhib said...

manusia memang begini.. ada perasaan begitu... tapi, gunakanlah ia kerana obsesi agama..

kan?~