Sunday, October 26

Tiada tajuk lagi

Ayah, ibu. Ini Nurul lah. Tak kan ibu tak kenal Nurul, ayah pun tak kenal Nurul ker? Nurul bingung sendirian. Ish, tak kan keluarga aku sendiri sudah melupakan aku?
Apa semua ini. Nurul bingung lagi.

Ini kisah Nurul.

Nurul, bangun nak, bangun. Jangan tinggalkan mak. Mak sayangkan Nurul. Nurul bangun ye. Emak tunggu Nurul bangun tau. Mak janji mak tak pergi mana-mana. Janji dengan mak yang Nurul akan bangun.

Ini kisah emak.


Dua kisah ini berkait. Ambil perhatian ya.

Jadi aku disini bukan dengan sahaja-sahaja ingin memperkisah kisah retorik. Aku sebenarnya kesal dengan keputusan spm aku. Bm aku gagaled [kononnya], jadi aku ingin menebus kembali karangan-karangan yang aku karang dahulu dalam bentuk yang lebih retorik. Ya! dan juga mengarang tanpa ada had masa dan keperluan untuk mengangkat tangan jika ingin berhajat. Ish kekangan terhadap fitrah hajat. Adakah patut dihalang hajat itu. Bagaimana jika seseorang sudah tidak mampu menahan dalam masa 30 minit yang terakhir, sanggupkah menahan malu dengan bau-bauan itu.

Berbalik semula kepada angan ingin mengarang satu kisah retorik. Angan aku hendak mencipta satu cerita retorik @ cetorik yang wah! bak kata orang. Tapi adakah aku mempunyai bakat itu? orang kata cita-cita semua orang boleh ada, tapi bakat, kepada yang memiliki sahaja. Bakat boleh diasah, ya, memang bakat boleh diasah. Tapi ini asahan untuk orang yang sudah mempunyai bakat sahaja. Aku tidak ada bakat menulis cetorik ini.

Baiklah aku tukar sikap. Mari menjadi optimis. Eleh, aku pun boleh menulis la. Sesiapa pun boleh berjaya dengan jayanya jika optimis itu pegangan mereka. Islam itu juga mengajar umatnya menjadi seorang yg optimis. Optimis itu penting.

Nantikan cetorik sulung dari mayosapik. Janganlah kalian semua terlampau berharap pula.

FAQ
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Selalu Tanya Soalan

1. Apa maksud perkataan yang tinggi-tinggi itu?
Maaf, sila rujuk kamus dewan online. Zaman sudah canggih

2.Mengapa cetorik anda menamakan watak utama iaitu si gadis dengan nama Nurul?
Oh!, saya kira saya seorang melayu asli, dan cetorik ini juga mengisahkan tentang gadis melayu asli dan nama Nurul itu amat sesuai.

3.Cetorik ini juga sebahagian daripada karutan anda?
Hurm, mungkin juga. Itulah identiti saya. Sebenarnya kisah ini diolah dari kisah benar.

4.Anda sudah berumah tangga?
Hoi soalan apa ini! Anda ghey ka? berambus.


Sekian

7 comments:

Anonymous said...

teruskan usaha,sunan teknokrat..smga karya2 yg dihasilkn brjya menaikkn smgt kwn2 kiter yg len utk m'cebur dri dlm area jiwang2 ni..he3

Gadis Reformasi said...

dalam nadi kamu ada pensil yang masih mahu kamu menulis dan menulis
di tangan kamu ada ayat yang masih perlu kau teruskan penulisannya
=]

Meor M. Syafiq said...

terima kasih najihah.
nurul juga

nixirafarra said...

smart abes
haha
faq tersebut best

Meor M. Syafiq said...

wargh.. terharu sungguh

fana said...

ko taperlu nanges teharu kat sini (aku nmpak!)
kahkah =P

Meor M. Syafiq said...

kau koala..
xhabis2 ingin menghina aku..