Saturday, January 31

Karma

salam alayk kepada semua umat.
lagi-lagi umat yang membaca atau terlalu laman ini.
terima kasih daun keladi saya ucapkan.

sudah terlalu lama saya tidak kemaskini laman ini. alasan tipikal saya, saya tiada masa. bagi mereka yang kenal akan saya, mereka mungkin setuju. lagi-lagi ibubapa saya. mereka jua lah yang amat memahami saya. terima kasih akan mereka. tapi di sebalik alasan tipikal saya, mungkin ada alasan yang lai tepat seratus peratus. kekeringan idea satu, dan satu lagi ialah saya di rumah sangat lah kuar beradu. ya! beradu seorang diri lah tapi. saya sudah jemu bercinta. saya timbus niat di hati ingin kembali menjadi seperti yang pernah saya jadi dahulu kala. gamaknya bagai seorang laksamana sunan, gelaran ini nurul yang ejek saya. hehe.

Hidup belum tentu, Mati sudah pasti-Maut.

wayang gambar di atas pastinya menarik. dengan intipati utamanya berdasarkan kehidupan disisi gelap rakyat malaya. pastinya juga banyak kritikan dan pandangan negatif. biasalah, hidup ini perlu ada hitam putihnya. persoalan bolehkah kita menggambarkan sendiri hari pengakhiran itu di dalam wayang gambar, itu saya tidak mampu untuk membalas persoalan itu. rasanya baik saya cuba mengupas kebaikannya sahaja. walau tiada kupasan sekalipun, saya tetap tidak mahu menjadi contoh untuk rakyat malaya menuding jari ke arah saya dan berkata dalam hati mahupun dengan jelas dan nada tengking kepada saya " Kau ni sama sahaja macam pelakon maut itu". itu sudah keterlaluan untuk ibubapa saya nanti. mereka sudah cukup bagi saya keperluan, tidak mahu lah saya menolak korban mereka itu. berat timbangan saya nanti.

"It's not about religion, It's karma" kata salah seorang watak didalam filem ini semasa promosi menjemput kalian, rakyat-rakyat yang ada untuk hadir menonton.

jadi untuk kalian semua. bagi yang cuti, selamat bercuti. elak jadi macam saya ya!
bagi yang baru masuk ke sekolah selamat bersekolah.





5 comments:

Ben Ramli said...

wawawa...rindu posting ko..pastinyer dgn perkataan yg baru..yeah!!

windu kamu~~

nur 'izzat said...

ko bercintan ek kat mmu. ohho. kantoi2.

Meor M. Syafiq said...

mane ade. :-"

thaaqhib said...

karma. Qarma = OK..mr malique erm..

takut betul nak guna perkataan karma.. sbb..ntahlah..~ cam..takut wo..karang org kata tak islamis..ntah aa

Meor M. Syafiq said...

itulah, kata orang mmg bahaya, tapi persetankan sahaja. janji kita niat.huhu

cakap macam ahli agama yang hebat pula~