Wednesday, March 18

Untuk Opah



Al-fatihah untuk Opah,
moga aman hendaknya. Amin!

Salam alaik semua,
moga dalam keadaan yang dilindungi dan diberkati.

Seminggu sudah sejak selesainya urusan Opah didunia, sudah seminggu jua tertunggaknya amalan sedekah saya pada Opah. Moga Opah terus dirahmati hendaknya.

Nama Opah saya Rajmah binti Itam. Saya cucu ke-4 Opah, boleh kata jua saya paling rapat dengan Opah dari adik-beradik saya yang lain, ya lah, saya kan lahir dulu. Tapi rapat saya pun jarang-jarang.
Tidak lebih dari beberapa kali dalam setahun. Itupun masa menyambut syawal atau ada kelapangan waktu yang lain. Tapi hakikatnya amat jarang, tapi tidaklah sampai saya melupakan kewujudan Opah.

Darah tinggi tiba-tiba mendadak, Opah jatuh. Usai panggilan dari emak, Opah masih tidak sedar terbaring keseorangan di katil hospital. 3 hari Opah berkeadaan begini. 3 hari jualah sanak saudara menunggu akan keajaiban Tuhan dan kasih sayang pada hambanya. Apabila berbicara dengan Opah, tiada respon, meski doktor kata beliau mampu mendengar cuma tidak mampu berkata seperti manusia normal, cume gerak langkah jari dan hembusan nafas yang tercungap-cungap bila ingin membalas tangisan kami. Masih begitu jua keadaan Opah hingga pagi yang ke-4.

Pagi itu usai subuh, Opah pulang kerumah, teratak kayu yang dibina oleh Atuk yang aku sendiri tidak pernah ingat akan kewujudan Atuk. Pulangnya Opah diiringi tangisan. Opah dimandikan, dikapankan, disembahyangkan. Aku sampai selepas dikapankan, dan sempat jua memberi kucupan dan salam hormat aku pada Opah untuk yang terakhirnya.

Mengapa tiada memori zaman kanak-kanak yang mampu terlekat atau datang kembali untuk aku mengenang saat indah aku bersama Opah, saat aku bergelak, aku merengek pada nya atau semua kenakalan aku pada Opah, mengapa tiada satu pun yang aku ingat! Mengapa?

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnyakecuali tiga perkara: sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya)

5 comments:

Anonymous said...

Alfatihah...

++ Allah lebey menyayanginya...

en.mubasyir said...

liiiittt ada hadith!!!

ops
salah mode!

al-fatihah~
takziah :(

Meor M. Syafiq said...

"ilmu di amal iman ditingkat"

kuotasi terbaik!
liit dunia sahaja ;p

Ben Ramli said...

takziah..

al-Fatihah.

Anonymous said...

al-fatihah~

k0 x ajak aku p0wn g h0spital...
alang2 k0 da ader kat perak hr tue...huhu